Bersih 2011: Pencetus Dimensi Keempat

June 18, 2011


bersih 300x135 - Bersih 2011: Pencetus Dimensi Keempat

2011 hanya tinggal enam bulan. Lepas tu kita akan memasuki 2012. 2012 adalah tahun kiamat.

 Aku cuba menyorot kembali beberapa peristiwa yang berlaku sejak bebarapa bulan kebelakangan ini dan kemudian menyorot kembali tentang apa yang aku tulis tahun lepas tentang 2012 tujuh bulan dulu.. Mensuspenkan.

Dikalangan orang-orang Kristian, mereka percaya 21 Disember 2012 adalah hari kiamat atau End of the World. Aku berbeza pendapat tentang definasi “Kiamat”. Bagi aku “Kiamat” yang akan berlaku tahun depan ialah “End of Time” atau pun “perubahan Dimensi”.

Selepas 2012, kita tidak lagi memerlukan masa, (tapi bukan dalam konteks pemikiran masa kini). Contoh:

Sekarang: “Saya memerlukan masa untuk memikirkan perkara itu.” Selepas 2012, sesiapa yang bercakap macam ini akan ditinggalkan. Sebab orang yang memerlukan masa untuk berfikir adalah orang yang tidak mempunyai maklumat yang lengkap untuk membolehkan dia membuat keputusan. sekiranya dia mempunyai maklumat lengkap, dia boleh membuat keputusan pada masa itu juga.

Sekarang: “Kita memerlukan kajian sebelum membuat sesuatu dasar.” Selepas 2012, siapa yang bercakap macam ini, akan ketinggalan kerana dia gagal mendahului masa.

Tapi jangan pula ingat semuanya akan sempurna sebaik saja kita melepasi 21 Disember 2012, kerana kesempurnaan itu mengambil masa selama 16 tahun sebelum ia mencapai tahap kesempurnaan. 16 tahun masa yang dikenali sebagai Transisi.

Itu yang aku tulis dalam siri 2012.

Dalam 2012: Zaman Baru…aku tulis bagaimana ugama tidak lagi penting. Ugama hanya label tetapi yang penting ialah nilai dalam ugama tersebut. Aku tak peduli sama ada hang Islam ka, Hindu ka, Kristian ka…mampuih pi la. Itu hanya label. Memang la ada ramai yang marah terutama member-member dari Pas. Cyberboron sampai datang kerumah aku untuk berdebat.

Bila aku tulis, aku tak tau apa yang akan berlaku dimasa depan. Tapi apa yang berlaku dalam masa tujuh bulan lalu, meyakinkan aku bahawa perubahan Dimensi itu semakin dirasakan.

Semasa aku tulis, aku tidak pernah menyangka Haji Hadi akan menggugurkan “Negara Islam” dari manifesto Pas.Tapi bila Haji Hadi kata “Negara Islam hanya label..yang penting ialah pelaksanaan dan penghayatan, bagi aku itu satu titik permulaan perubahan dimensi. Yang penting ialah nilai..bukan label.

Sekarang ini pun, orang sudah mula menolak label. Kalau diikutkan label, Zulkifli Noordin merupakan seorang pejuang Islam sejati. Itu yang dia cakap. Tapi sapa yang percaya cakap dia?

Berapa ramai pemimpin Islam di Malaysia? Tapi berapa ramai yang melaksana dan menghayati nilai-nilai Islam? Kalau iktu Raja Petra, dia percaya cuma ada dua orang yang menghayati nilai Islam. Lim Guan Eng dan Nik Aziz.

Would the opposition allow amar makruf, nahi munkar if it becomes the federal government? Maybe if Lim Guan Eng or Nik Aziz Nik Mat becomes the Prime Minister they would but I am not sure about the rest of the Pakatan Rakyat leaders.

Gila ka? Lim Guan Eng bukan Islam…macam mana dia nak laksanakan nilai-nilai Islam?

Label tidak penting. Yang penting ialah pelaksanaan nilai. Dan ini sudah mula di teroka oleh Pas dan DAP.

Perubahan Dimensi akan berlaku apabila manusia sudah tidak menghiraukan apa ugama sesorang itu, tetapi apakah nilai keperibadian seseorang itu. Cyberboron marah kat aku bila aku cakap macam tu, tapi aku bagi dia satu contoh..”kalau”.

Macam mana kalau satu hari, berlaku pergaduhan diantara Ahmad dan Ali. Ahmad kata dia berjuang kerana Islam, dan Ali pula berkata dia mempertahankan Islam. Mereka bergaduh pasai nak mempertahankan Islam.  Ahmad hampir-hampir terbunuh..tapi diselamatkan oleh Ah Chong.

Apa yang akan berlaku? Aku takut nanti Ahmad akan berkata ” Nasib baik hang ada Chong..kalau tidak aku mati dah.” Siapa yang menyelamatkan Ahmad? Tuhan atau Ah Chong? Apakah hukumnya kalau Ahmad berkata macam tu?

 Tak sampai sebulan lagi, kita ada pesta jalanraya. Setakat ini ada tiga figure yang menonjol. Mat Sabu, Ambiga dan Ibrahim Ali. Kemudian, Khairy Jamaludin pun nak join sama. Ini satu perkembangan yang menarik…kerana aku rasa ia akan mencetuskan satu dimensi baru.

Macam mana kalau Berahim Ali pi katok kepala Khairy Jamaludin? Hangpa nak tolong sapa? Tengok saja ka? Mampuih pi la kat depa?

Macam mana kalau Berahim Ali pi katok kepala Mat Sabu? Hangpa nak diam ka? Team Khairy nak tengok saja ka?

Macam mana kalau Berahim Ali pi katok kepala Ambiga? Hangpa nak kata…biaq pi la. Dia bukan Islam. Hangpa nak kata macam tu?

 Hey!!! Berahim Ali adalah Pejuang Melayu. Dia juga sanggup mati kerana Islam. Dia juga sanggup mati untuk mempertahankan bangsa dan negara…pasai apa hangpa nak lawan dia? Kan dia juga Melayu, kalau dia katok Ambiga…pasai apa hangpa nak tolong Ambiga? Biaq pi  la.!!

Ini ujian pertama sebelum kita melangkah ke 2012. Siapa yang mahu tinggal dalam kepompong dimensi Ketiga, yang bangga dengan label…inilah masanya..

Kalau kita mahu melangkah ke dimensi Keempat dimana kita mampu menjadi manusia yang lebih baik, tanpa menilai seseorang menerusi label bangsa, ugama dan warna kulit… ini juga masa nya.

Kalau Berahim Ali nak katok kepala Khairy Jamaludin, aku akan tolong Khairy. Walaupun dia orang Umno sebab nilai yang dipegangnya lebih baik dari Berahim Ali.

Kalau Berahim Ali katok kepala Ambiga, aku akan tolong Ambiga, walaupun dia bukan Islam. Sebab aku rasa Ambiga lebih mulia dari Berahim Ali.

Kalau Berahim Ali katok kepala Mat Sabu ?……….

Apa pun….apa saja yang akan berlaku…aku rasa orang akan tolak BN dulu. Sebab membiarkan perkara-perkara diatas berlaku.