Mat Sabu menang. Aku senang.

June 4, 2011


matsabu 150x150 - Mat Sabu menang. Aku senang.

Masa Pemilihan PKR, aku bubuh banner menyokong Zaid. Zuraidah kata aku dapat duit dari Zaid. Bila aku letak gambar menyokong Mat Sabu yang jauh lebih besar, orang tanya aku…berapa Mat Sabu bayar aku? Tapi yang tanya ni orang Anwar..bukan orang Pas!. Huh!! You can kick Anwar from Umno, but you can’t kick Umno from Anwar and his followers.

Bila ada member minta aku tulis tentang pemilihan Pas, aku tak tulis. Sebab aku tak tau politik Pas. Aku tak ada data dan fakta. Setakat ikut rasa hati. dab bila ikut rasa hati, banyak ramalan aku meleset. aku sengaja buat ramalan disaat akhir, ketika perwakilan Pas sudah mengundi, sebab nak tengok sejauh mana tepatnya persepsi aku dengan realiti dalam Pas.

Politik dalam Pas susah nak baca sebab banyak yang tertutup. Orang Pas tak tunjuk bila depa tak suka. Tapi depa bertindak secara diam-diam.

Masa Haji Hadi memerintah Terengganu, tak ada orang Pas yang marah atau menentang Haji Hadi. Bila aku kutuk Haji Hadi, depa maki aku balik. Tapi bila pilihanraya, depa lingkupkan Haji Hadi.

Begitu juga dengan Nizar. Kalau pergi ceramah-ceramah Nizar, semua orang dok puji dia melambung, tapi dibelakang…depa kutuk habih. bila mengundi, Nizar dapat corot.

Pasai apa aku sokong Mat Sabu?

Mat Sabu adalah openceramah yang paling aku benci dalam tahun 90an. Kali pertama aku tengok ceramah dia kat Permatang Pasir pada tahun 1992. Itulah kali pertama dan terakhir aku tengok ceramah dia. Bila dia lingkup tahun 2004, aku kata..padan muka. Selepas 2004, dia hilang dekat dua tahun, dan apabila dia kembali muncul dalam temuramah sebanyak tiga siri dengan Ummah-online, aku tengok Mat Sabu sudah berubah 180 darjah.

Apa yang menyebabkan dia berubah aku tak tau dan tak mau peduli. Tapi perubahan dalam diri Mat Sabu menyeronokkan aku. Mat Sabu banyak bercakap tentang isu rakyat..itu yang aku suka. Mat Sabu bertukar dari peneceramah kepada reformis.

Bila Mat Sabu sudah berubah dari hanya menjadi penceramah yang maki hamun orang lain, dan bertukar menjadi juara rakyat..aku sokong. Serupa juga dengan Anwar. Masa dia dalam Umno, aku tentang. Bila dia menjadi juara rakyat, aku sokong. Tapi bila dia kembali dengan budaya Umno..aku tentang.

Ada yang kata Mat Sabu ni Syiah. Mampuih pi la kat dia. Bagi aku, kalau Mat Sabu orang sosialis atau komunis pun aku tetap sokong kalau dia berjuang untuk rakyat. Sebaliknya, kalau dia mengaku sahabat Nabi pun, tapi kalau berjuang untuk mata belalang…aku tentang jugak.

Seperti juga orang kuat Mat Sabu..Cenangau, aku juga kurang yakin Mat Sabu boleh menang. Kredit patut juga diberikan kepada Husam yang menarik diri dan memberikan laluan kepada Mat Sabu.

Husam menang Naib Presiden walaupun Utusan memainkan isu Kickdefella disaat akhir. Ini satu pengajaran terutamanya untuk orang PKR.

Orang Pas selalu cakap Utusan tak boleh dipercayai dan bila Utusan memainkan isu Husam, depa tak percaya kata Utusan. Ini baru betul. Bukan macam orang PKR…selalu kutuk Utusan dan TV3, tapi apa yang Utusan dan TV3 cakap, depa percaya!!

Aku juga seronok bila Salahudin Ayub menang, walaupun dalam hati aku merasakan susah juga dia nak menang. Dan bila Husam, Mahfuz dan Salahudin menang, maka tak ada apa yang aku nak komplen. Tahniah kat depa dan lepas ni aku nak tengok depa buat kerja pulak. Lebih-lebih lagi..tolong tengok kat Kedah nun.

Cuma yang ralat sikit…bila Nizar kalah. Tapi yang ni aku tak terkejut.

Satu masa dulu, aku pernah tanya kat seorang pemimpin Pas kawasan tentang Nizar. Masa tu aku terkejut bila aku tanya siapa yang bakal menjadi pemimpin tinggi Pas. Aku mengharapkan Nizar, tapi dia jawab Mujahid Yusuf Rawa. Bila dia meletakkan Nizar dibawah Mujahid, ada sesuatu yang tak kena.

Diluar Pas, Nizar cukup kuat, tapi dalam Pas, terutamanya Pas Perak..Nizar cukup rendah.

Satu masa dulu aku pernah tulis, Nizar bersaorangan di Perak. Orang Pas Perak sendiri tak sokong Nizar. Masalah utama kerana DAP secara terang-terang sokong Nizar dan ini menyebabkan ramai pemimpin Pas Perak cemburu. Maka timbullah kumpulan-kumpulan yang menentang Nizar secara diam-diam, termasuk geng enam jahanam.

Masa Nizar menjadi Menteri Besar, Pejabat Menteri besar jadi macam markas Pas kerana dikuasai oleh geng enam jahanam. Ada hikmahnya PR runtuh di Perak. Dan bila PR runtuh, Nizar dipinggirkan. Aku sokong Nizar sebab dia pemimpin rentas parti dan ideology. Bukan setakat pemimpin Pas. Kebanyakan pemimpin Pas yang lain hanya bercakap tentang Pas. Sampai majlis maulud nabi pun cakap pasai Pas.

Annuar Hashim mungkin mungkin terkejut bila tak ada sorang pun pemimpin Pas Perak yang menganggotai AJK pusat. Satu negeri yang mempunyai ahli seramai hampir 100,000 orang..tapi tak ada seorang pun yang terpilih. Ini juga satu hikmah.

Lepas ni aku nak tengok macam mana Pas Perak bergerak. Kalau nak menang PRU 13, pertama sekali tukar lah Pesuruhjaya Pas Perak. Bukan aku marah kat Abu Bakar Husain, tapi cari la orang yang dinamik dan aggresif sikit.

Pas perlu memimpin Pakatan Rakyat Perak. Nak harapkan PKR..dah hancur. Dan kalau Pas Perak gagal memimpin, toksah harap la nak menang di Perak.

 ada juga orang tanya aku…”Matsamankantoi…kalau hang terer hang masuk Pas la. Jangan tau dok kutuk saja.” Aku jawab..”belum lagi. Aku tunggu Aduka Taruna jadi Presiden Pas.”