Blog

  • Siapa Zambry Kadir? (2)

    January 18, 2012


    Zambry Kadir tau bahawa dia tak akan bertahan lama sebagai Menteri besar Perak. Oleh itu, sementara ada kuasa, dia akan pulun sebanyak mungkin. Projek Vale Teluk Rubiah hanyalah salah satu diantara kerakusan Zambry. Ada banyak lagi.

    Dalam laman web Visit Perak, Royal Teluk Rubiah Country Club dikatakan salah satu tempat yang terbaik di Malaysia. Pasai apa maklumat tentang Royal Teluk Rubiah Country Club ini masih didalam laman web Perak Tourism, menunjukkan “kecekapan” pentadbiran Zambry, sedangkan Teluh Rubiah sudah hampir hancur. (Boleh baca disini)

    Untuk memudahkan pembaca mendapat gambaran tentang kemusnahan Teluk Rubiah, cuba tengok gambaran dibawah.

    Seluas 1025 ekar tanah yang pada asalnya hutan simpan terjual ke syarikat asing dengan harga 196 juta ringgit. Berapa kerajaan negeri dapat? Satu sen pun tak dapat. Apa yang rakyat Manjung dapat? Cuma janji yang belum tertunai. Apa yang kita dapat? apa pun tak dapat..malah kita akan kehilangan satu kawasan pantai yang cukup cantik di Malaysia. Bukan setakat Teluk Rubiah, malah Teluk Batik juga akan menjadi kotor dan tidak dapat digunakan. Sama macam Pantai Bersih di Butterworth ataupun Pantai Gurney Drive di Penang.

    Perhatikan bagaimana dekatnya kawasan industri Vale dengan Teluk Batik.

    Kawasan yang bertanda merah adalah  kawasan kilang dan penyimpanan manakala kawasan yang bertanda kuning sudah dipagar. Hutan-hutan yang terdapat dikawasan tersebut mempunyai pelbagai jenis kayu yang bernilai tinggi, pelbagai flora dan fauna yang menarik pelawat kesitu. Itu sebabnya mengapa Teluk Rubiah menjadi diantara tempat yang tercantik di Malaysia.

    Mengapa kawasan yang cantik dan menjadi daya tarikan pelawat ke Manjung ini di gadaikan? Tak mengapa kalau kerajaan negeri mendapat habuan, tapi kerajaan negeri juga tidak mendapat walau satu sen pun.

    Apabila Vale memulakan projek ini, adakah syarikat tempatan mendapat projek? Tidak. Kontrak rekacipta jeti berjumlah RM675.8 juta telah diberikan kepada Netherlands’ Royal BAM Group.

    Sebuah jeti sepanjang 2 kilometer sedang dibina dan dermaga sepanjang 1.2 km dibina dipenghujung jeti. Kalau tengok pada gambar pertama diatas, jeti tersebut akan menghalang pantai Teluk Batik. Tak ada lagi ombak di Teluk Batik..dan Teluk Batik akan mati dengan sendiri. Dua kilometer jeti dan 1.2 km dermaga yang terentang dihadapan Teluk Batik akan menghancurkan apa saja aktiviti pesisir pantai. Bukan saja Teluk Rubiah sudah tergadai, Teluk Batik juga akan hancur.

    Dan bagaimana dengan dasar Majlis Perbandaran Manjung?

    Manjung adalah bandar pelancungan dan ecotourism. Apabila Teluk Batik hancur, siapa lagi nak datang ke Teluk Batik? Peniaga akan terjejas, nelayan akan terjejas..malah penduduk tempatan yang mengharapkan sumber ekonomi dari pelancungan juga kan terjejas.

    Kawasan Teluk Rubiah diwartakan sebagai kawasan pelancungan tetapi pewartaan itu telah di tarik balik dan ditukar menjadi kawasan industri HANYA untuk projek Vale ini. Something must be wrong!!

    Bagaimana kalau siap nanti?

    Setiap hari, sebanyak 20 kapal pengangkut bijih besi akan masuk dan dua puluh akan keluar. Itu unjuran yang diberikan oleh Vale international. Besar mana kapal tersebut?

    Setiap kapal pengangkut bijih besi Vale berukuran 105 meter panjang dan 70 meter lebar. Lebih panjang dari Eiffel Tower dan lebih lebar dari padang Wembley. Bijih besi yang diangkut dengan setiap kapal ini cukup untuk membuat 4 jambatan Pulau Pinang. Dan oleh kerana kapal tersebut terlalu besar, ia tidak boleh melepasi Terusan Suez ataupun Terusan Panama. Dapat bayangkan?

    Dan untuk memastikan kapal-kapal ini dapat berlabuh di dermaga Teluk Rubiah, kawasan dermaga perlu dikorek. Berapa dalam aku tak pasti tapi apabila kawasan dermaga Teluk Rubiah dikorek, sudah pasti berlaku hakisan pantai di Teluk Batik. Tak sampai setahun, Teluk Batik akan hancur.

    Bukan setakat Teluk Batik, Lumut Outward Bound School (OBS) juga sudah mula menerima kesan. Kawasan hutan yang dulunya digunakan oleh OBS untuk latihan, sekarang sudah menjadi kawasan larangan. OBS hendak berlatih dimana? Tanya kat Zambry…tapi Zambry tidak pernah memperdulikannya.

    Bagaimana dengan penduduk kampung yang dulunya menetap di Teluk Rubiah? Mereka terpaksa berpindah ketempat lain, dengan dijanjikan pelbagai pampasan. Sehingga kini, masih belum dapat walaupun ada yang mengatakan wang pampasan sudah diberikan. Tapi biasa la dengan Umno/BN, duit hilang dalam perjalanan.

    Kawasan Teluk Rubiah bukan saja merupakan kawasan kediaman beberapa keluarga sebelum ini, malah ia juga merupakan kawasan tanah perkuburan orang Islam. Apakah sudah dipindahkan….atau hanya ditolak dengan jentolak? Kita tidak tau sebab kawasan tersebut sudah menjadi kawasan larangan. Zambry bukan saja menjual Teluk Rubiah kepada Vale International, malah menjual tulang rangka nenek moyang penduduk yang terdapat ditanah perkuburan tersebut.

    Sekarang rakyat Perak tak boleh buat apa-apa..hanya menjadi penonton. Teluk Rubiah sudah jadi milik syarikat Brazil. Yang seronok ialah Zambry.

    Gambar diatas menunjukan Zambry sedang merasmikan ibupejabat Vale International. Tapi pasai apa anak-anak Sultan Azlan Shah pun turut sama? Apa hubungan mereka dengan Vale dan Zambry? Apakah Vale International juga menjadi salah satu sebab mengapa runtuhnya Pakatan Rakyat Perak?

    Aku sambung lepas makan.

  • Siapa Zambry Kadir? (1)

    January 17, 2012


    Oleh: MSK

    Aku cuba fokus Pulau Pangkor sebab Pulau Pangkor akan jadi macam Pulau Pinang. Pulau Pinang diperintah oleh BN sejak 50 tahun…dan dalam masa pemerintahan BN, orang Melayu semakin lama semakin pupus. Tapi bila Pakatan perintah Pulau Pinang baru 4 tahun, Umno dah bising mengatakan DAP meminggirkan Melayu Pulau Pinang.

    Jangan lupa, Zambry juga tidak banyak beza dengan Shaikh Hussain Mydin atau Reezal  Merican. Masa depa memerintah, habih orang Melayu dihalau dari Pulau Pinang..tapi bila dah hilang kuasa, orang lain pula dipersalahkan.

    Sebelum aku cerita pasai Pangkor, cuba tengok balik sejarah Pulau Pinang. Tak payah tengok balik zaman Francis Light, imbas kembali sekitar 40 tahun dulu pun cukup.

    Tahun 75, bila selesai peperiksaan LCE, aku hitch-hike dengan member ke Penang. Masa tu hitch-hike memang cool. Sampai Penang, boleh tidor kat tepi pantai. Masa tu, pantai Gurney Drive masih bersih. Malam-malam, ramai nelayan cari ikan dan udang. Kampung-kampung Melayu penuh disekitar Pulau Tikus dan Gurney Drive.

    Lama kelamaan, hotel-hotel dan gedung perniagaan semakin lama semakin banyak dibina di Gurney Drive . Akibatnya, air laut semakin lama semakin kotor dan ikan semakin berkurangan. Pantai yang bersih makin lama makin kotor. Nelayan tak boleh cari makan..dan terpaksa cari kerja kilang kat Bayan Lepas.

    Gurney Drive dengan Bayan Lepas bukan dekat. Duit gaji habih kat pengangkutan dan makan. Lama-lama, orang Melayu Gurney Drive terpaksa pindah cari tempat yang lebih murah.

    Ini bukan saja berlaku di Gurney Drive..malah berlaku di Tanjong Tokong dan Teluk Bahang. Akhirnya orang Melayu Pulau Pinang di sepanjang Padang Kota Lama hingga Teluk Bahang terpaksa pindah cari tempat yang lebih murah…manakala tempat depa di ambil oleh oleh orang asing dari Singapura, Jepun dan Taiwan.

    Masa tu, umno tak bising…sebab depa dapat komisyen. Poket semua penuh. tapi sekarang bila Umno dah terpinggir di Pulau Pinang, baru cakap pasai Melayu.

    Pulau Pangkor akan jadi Pulau Pinang tak lama lagi selagi Pangkor di bawah Umno. Perangai Zambry sama macam perangai Hussain Mydin. Sementara ada kuasa, pulun cukup-cukup. Ada tanah diPangkor..jual kat orang luar negara. Memang la orang Pangkor masih ramai yang diam sebab depa tak rasa susah. Tapi tunggu 10 tahun lagi, jumlah Melayu akan turun secara drastik. Masa tu, bila DAP menang kat Pangkor, geng-geng Zambry jugak la yang akan jerit…”orang Melayu dipinggirkan”.

    Maklumat tentang Pangkor dan Manjung masih dalam perjalanan. Jadi aku belum boleh siarkan, tapi hasil dari gerakan member-member di Manjung sudah cukup untuk menelanjangkan Zambry. Aku akan tunjukkan macam mana beribu hektar hutan simpan sudah terlepas ketangan orang asing. Kawasan yang dulunya bebas dijelajah oleh orang kampung sekarang sudah tidak boleh diakses.

    Kawasan pantai yang dulunya bebas digunakan oleh nelayan, tidak lama lagi akan menjadi kawasan larangan buat nelayan.

    Bukan itu saja, semakin lama, semakin banyak kawasan di Pangkor yang sudah tidak boleh diakses oleh penduduk tempatan. Kawasan-kawasan tersebut sudah jadi milik swasta.

    Zambry dan penyokong Umno riuh rendah bila Nizar umumkan pemberian tanah kepada penghuni PPRT dan Kampong Baru, tapi diam bila tanah-tanah rizab Melayu tergadai ketangan orang asing.

    Bukan setakat tanah-tanah yang tergadai, malah Pengkalan Tentera Laut di Lumut juga kini sudah terdedah kepada ancaman asing. Pengkalan Tentera Laut kini cukup mudah diceroboh apabila lebih 1000 hektar yang dahulunya hutan simpan di Teluk Rubiah, kini sudah dijual kepada syarikat dari Brazil. Berapa keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri? Apa nikmat yang akan diperolehi oleh rakyat tempatan?

    Teluk Rubiah terletak bersebelahan dengan Teluk Batik. Tak lama lagi, Teluk Batik pun tak boleh masuk. Sapa yang nak mandi kat Teluk Batik, lebih baik pi mandi kat Padang Kota Lama di Pulau Pinang. Macam mana rupa pantai Padang Kota Lama, Penang…macam tu la keadaan yang akan berlaku di Teluk Batik bila jeti syarikat kilang bijih besi mula beroperasi.

    Pengkalan TLDM juga terletak berdekatan dengan Teluk Rubiah dan Teluk Batik. Bila siap jeti yang berharga RM700 juta untuk mengangkut bijih besi nanti, kapal-kapal TLDM akan jadi macam bot nelayan. Apabila beroperasi nanti, kapal-kapal pengangkut bijih besi yang akan memasuki jeti di Teluk Rubiah akan memenuhi pantai. Kapal pengangkut bijih besi yang akan masuk ke Teluk Rubiah merupakan kapal yang terbesar didunia. Setiap kapal sebesar tiga padang bola. Masa tu, kapal TLDM jadi macam bot nelayan.

    Kawasan seluas lebih 1000 hektar dimana pusat pengumpulan bijih besi ini pula merupakan kawasan persendirian. Kawasan tersebut sudah dijual kepada syarikat Vale dari Brazil. Kerajaan negeri sudah tak ada hak bagi kawasan tersebut. Ia sudah jadi macam kawasan autonomi Brazil sebab ia adalah milik sepenuh Vale Brazil. Macam mana kawasan strategik yang bersebelahan dengan Telok Batik dan pengkalan TLDM boleh dijual bulat-bulat kepada syarikat asing?

    Pantai Teluk Rubiah adalah diantara pantai yang cukup cantik di Lumut. Pantainya landai dan airnya bersih tapi sekarang sudah tidak boleh diakses. Bukit-bukit ditarah…bukan saja dengan jentolak malah menggunakan dinamite. Macam mana dinamite boleh digunakan dikawasan yang berhampiran dengan pengkalan TLDM?

    Dalam dua tiga hari lepas, seorang pegawai tinggi TLDM meletak jawatan. Mengapa seorang yang berpangkat Timbalan Panglima Tentera Laut boleh meletak jawatan? Timbalan Panglima bukan ahli politik yang naik secara membodek. Pegawai tentera bukan naik kerana bermain politk tapi bila ada orang politik yang mempermainkan Tentera Laut, dia tak boleh tahan.

    Dah berapa biji kapal tentera laut yang terbakar? Berapa biji kapal tentera laut yang kondem?

    Orang politik menggunakan Tentera Laut sebagai alat untuk mengumpul duit.Orang politik memperjudikan keselamatan tentera laut untuk kepentingan politik.Tentera laut yang tak ada kena mengena dengan kapal selam pun tak boleh nak masuk kapal selam, tapi blogger Umno boleh masuk..siap dengan ambik video lagi!! Dimana keselamatan negara?

    Sekarang..tanah berdekatan pengkalan TLDM sudah diambil alih oleh syarikat dari luar negara…apakah keselamatan yang boleh dijamin terhadap pengkalan TLDM?

    Kalau sebelum ini, Laksamana Pertama Imran Abdul Hamid menyertai Pas kerana tidak puashati dengan apa yang dilakukan oleh Umno/BN terhadap Tentera Laut, kini Laksamana Madya Dato Wira Jamil Haji Osman pula meletak jawatan.

    Zambry dalam bahaya. Mengapa?

    Kalau ada orang Pakatan yang nak berpeluk dengan Zambry..nanti dulu.

  • Terima kasih Taiping Mali

    Terima kasih Taiping Mali

    November 13, 2011


    Nak pecah perut aku gelak bila Taiping Mali menulis posting merapunya hari ini. Tak apa la…hang tolong promote blog aku…aku pun tolong promote blog hang. Aku tak mau respons apa-apa…sebab dulu bila hang kutuk Manjongmari bila dia accident, tak lama lepas tu..hang pulak accident. 

    Ini posting Taiping Mali hari ini.

    Tempat terbaik utk surat khabar ni.

    Selangor Kini adalah propaganda DAP untuk menipu orang Melayu patut ditolak oleh rakyat Selangor.

    Untuk mengekalkan pemerintahan kuku besi, Dap sanggup menawarkan free web hosting kepada sesiapa yang yang sanggup menjadi admin blog.

    Di Perak blog yang di tulis oleh Mat Saman Kati merupakan blog yang dibangunkan oleh DAP dan dijaga oleh MSK. Beliau dahulu terkenal dalam greenbox kini sudah mendaftar sebagai ahli DAP Perak.

    Silap hari bulan MSK akan mengikut jejak Jeff Ooi dan menjadi calon Adun .

    Bagus la kalau aku jadi calon DAP…minta-minta jadi calon kat Taiping ambik tempat Nga Kor Ming. Amacam? BN berani letak Cikgu Najimy jadi Calon Taiping ka?…Ataupun hangpa bagi kat Gerakan?

    Tak payah cakap pasai DAP la. 2004, Parlimen Bukit Gantang pun hangpa bagi kat Gerakan. 2008, hangpa bagi Parlimen Grik kat Gerakan. Sapa yang tipu Melayu?

     Tapi aku bersyukur la sebab cikgu macam hang tak mengajar kat sekolah anak aku…walau apa pun, bagi chance la aku bagi kuliah sikit.

    Kalau nak buat promo blog aku..bagi la klu sikit supaya orang boleh percaya.

    Dibawah ini adalah maklumat tentang siapa dibelakang Selangorkini. Budak bodoh pun boleh search.

     Dan ini pula siapa dibelakang Malaysiatimes.

     See..sekurang-kurangnya, Selangorkini dihostkan oleh Mesra.net, sebuah syarikat Melayu yang berpejabat di Kuala Kangsar. Dan Malaysiatimes pulak di hostkan di Exabytes, yang berpejabat di Pulau Pinang. Tapi Peraktoday.com dibiayai oleh siapa dan dihostkan dimana?

    Awat…takut kena hack ka? ataupun..Peraktoday dibiayai oleh APCO? Sekurang-kurangnya, Selangorkini bagi bisnis kat syarikat Melayu…tapi Peraktoday.com dibiayai oleh syarikat Yahudi APCO dan didaftarkan di Canada.

    Sapa yang tipu Melayu?

  • Krisis di Malaysia

    Krisis di Malaysia

    October 30, 2011


    Oleh: MSK

    Salah satu sebab mengapa rakyat Malaysia, terutama orang Melayu,  mengambil sikap acuh tak acuh tentang apa yang berlaku dalam negara adalah kerana ketiadaan maklumat. Surat khabar setiap hari bercerita tentang jenayah, skandal seks, kehidupan artis. Blog pro-Umno setiap hari bercerita tentang skandal Pakatan. Blog pro-Pakatan setiap hari bercakap tentang keburukan Umno. Itulah politik Melayu. Semuanya perlu sensasi.

    Dalam siri Revolusi Ekoposial 1,2 dan 3…aku cakap pasai perubahan pemikiran dan perubahan generasi. Kebanyakan komen mengaiitkan revolusi dengan kemiskinan, dan aku keluarkan statistik kemiskinan. Secara umumnya, ramai yang bersetuju bahawa rakyat yang miskin tidak akan menggerakkan revolusi. Realitinya, lebih miskin seseorang itu, lebih kuat kebergantungannya kepada pemerintah.

    Kemudian, kita kaitkan pula kegagalan kebangkitan rakyat kerana middle class tidak memainkan peranan mereka. Perkara ini tidak akan berakhir kerana keseluruhan sistem kita sudah kaput. masyarakat diasingkan, dan maklumat disorokkan. Kita tidak sedar bahawa kita didalam krisis.

    Dari 1970 hingga 2008, Harga Index Pengguna (CPI) berada dalam lingkungan 2-4%. Tak pernah tinggi daripada itu. Kita anggaplah petunjuk rasmi kerajaan itu betul tapi cuba buat sikit kajian tentang kenaikan harga yang kita sendiri rasai.

    Tahun 1970, harga sepinggan nasi hanyalah RM0.70 sen. Sekarang, kalau makan dikedai mamak, paling kurang RM6.00. Berapa peratuskah kenaikan tersebut?

    Tahun 1972, harga Toyota KE 20 hanya RM7,000. Sekarang, Toyota Vios berharga hampir RM70,000. Dulu, kalau kita bayar RM300 sebulan, kita memerlukan 23 bulan untuk menyelesaikan ansuran. Sekarang…kita memerlukan 9 tahun untuk menyelesaikan hutang.

    Tahun 1972, harga rumah teres ialah sekitar RM38,000. sekarang sudah meningkat kepada RM200,000. Itu dipinggiran bandar Ipoh. Kalau kat Penang, apartmen dua bilik saja bernilai RM300,000. Siapa yang mampu beli rumah?

    Kesannya? Kita terpaksa tinggal makin lama makin jauh dari tempat kerja. Masa dihabiskan diatas jalan manakala masa dengan keluarga semakin berkurangan. Dan yang lebih sakit…anak-anak kita masa depan tidak mungkin mampu membeli rumah. Semakin lama, generasi kita semakin miskin. Apabila miskin, kita akan terus berpaut dengan pemerintah. Generasi miskin akan terus merana dalam putaran kemiskinan.

    Yang boleh membantu mereka untuk keluar dari putaran kemiskinan ini ialah golongan middle class yang prihatin. Apakah golongan middle class ini masih wujud?

    Pada tahun 1970, mak aku bekerja sebagai amah. Dia dapat RM50.00 sebulan. Aku kesian kat mak aku, tapi gaji RM50.00 itu dia boleh beli macam-macam. Untuk perbandingan, kita gunakan emas.

    Gaji RM50.00 emak aku, kalau tak dibelanjakan…dia boleh beli 14 gram emas.

    Tahun 1980, aku mula bekerja dan gaji asas bagi taraf diploma ialah RM750.00. Kalau aku tak belanja duit tu, aku boleh beli 20 gram emas.

    Sekarang anak aku keluar universiti, ada ijazah dan mula bekerja. Gaji permulaan dia ialah RM1200.00. Dengan RM1200.00, anak aku hanya boleh beli 10 gram emas!! Kita makin baik atau makin teruk?

    Anak aku yang pergi universiti…duit aku habis puluh ribu…kemudian berhutang kat PTPTN…tiba-tiba standard dia lebih teruk dari mak aku yang bekerja sebagai amah tahun 1970!!

    Sekurang-kurangnya, mak aku tak berhutang..tapi anak aku akan terus berhutang untuk sepuluh tahun lagi. Tu belum nak beli kereta..nak beli rumah…nak kawin!

    Cuba tengok piramid yang ideal bagi sesebuah negara.

    Ini yang berlaku dalam tahun 70an. Manakala yang dibawah adalah apa yang berlaku dalam tahun 2008.

    Grafik diatas dibuat berdasarkan statistik sehingga 2008. Diantara March 2008 hingga Ogos 2009, seramai 304,358 rakyat Malaysia berhijrah keluar negara. Ini tak mungkin kelas bawahan…tapi kelas pertengahan yang mempunyai modal dan kepandaian. Rakyat Malaysia yang bijak, berhijrah keluar negara, tapi dalam masa yang sama, kita mengimpot berjuta rakyat Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Nepal.

    Ruling class semakain membesar…tengok saja berapa ramai Menteri Kabinet. Financial Class sudah mula melarikan diri ke Thailand dan China. Pasukan polis semakin membesar walaupun tugas mereka semakin haprak. Kakitangan kerajaan semakin membesar, walaupun pelbagai penswastaan dibuat. Business class dan Middle class semakin mengecil sebab mereka sama ada sudah lari atau menjadi working class, manakala working class semakin membesar.

    Kita sudah menuju kearah negara kuku besi seperti Myanmar.

    Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

    Ini bukan salah orang miskin samaada dibandar atau dikampung. Ini juga bukan kerana Melayu, Cina atau India…tapi ini semua salah Umno.

    Umno sudah lama memrintah dengan majoriti dua pertiga. Kuasa yang besar ini digunakan untuk mengekalkan kepentingan segelintir puak Umno diatas pucuk pimpinan. Jangan salahkan ahli Umno yang dibawah..sama ada dikampung atau dibandar…depa sudah diperbodohkan.

    Sepanjang 54 tahun Umno berkuasa, Umno telah meminda Perlembagaan sebanyak 633 kali. Setiap kali ianya dipinda, ia hanyalah untuk menindas rakyat dan mengisi poket segelintir pemimpin mereka. Bandingkan dengan Amerika yang merdeka sudah 233 tahun, tapi hanya meminda perlembagaan mereka sebanyak 27 kali!!

    Macam mana Umno boleh mendapat majoriti 2/3 sepanjang masa?

    Umno menguasai hampir semua jentera kerajaan yang kemudiannya dimanipulasi supaya Umno terus berkuasa.

    Peguam Negara, SPR, Jabatan Hasil dalam Negeri, Kehakiman, SPRM,JPN, Polis, ROS, Special Branch…habis dikuasai oleh Umno. Jabatan-jabatan kerajaan yang sepatutnya bebas ini…semuanya sudah duduk dibawah Umno dan Barisan Nasional.

    Nak ubah macam mana? Melalui pilihanraya? Cuba tengok apa kata pengerusi SPR yang lalu.

     “SPR mengaku pada tahun 2000: Sekiranya undi pos dibatalkan, tiada seorang pun Menteri dapat mempertahankan kerusi Parlimen.

    http://mt.m2day.org/2008/content/view/18775/84/”

    Sempadan kawasan Parlimen diubah dan dimanipulasi untuk memastikan BN menang. Cuba bandingkan diantara Putrajaya dan Kapar.

    Putrajaya mempunyai 6608 pengundi manakala Kapar mempunyai 112,224 pengundi. Pakatan perlu menang 2 kerusi Parlimen…manakala BN hanya perlu menang 1 kerusi saja. Dalam lain perkataan, Pakatan memerlukan 60% undi untuk menawan Putrajaya, manakala BN hanya memerlukan 40 undi..tapi masih boleh mengekalkan kuasa. Adil?

    Satu lagi contoh bagaimana BN akan terus berkuasa. Selangor mempunyai 1.57 juta pengundi, tapi hanya mempunyai 26 kerusi Parlimen. Sabah mempunyai  800,000 pengundi tapi mempunyai 25 kerusi Parlimen. Manakala Sarawak mempunyai 900,000 pengundi tapi mempunyai 31 kerusi Parlimen.

    And the worst is yet to come.

    Lima juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tapi masih belum mendaftar sebagai pengundi…sebaliknya, sudah lebih satu juta rakyat asing yang tak boleh mengundi, sudah didaftarkan sebagai pengundi.

    Macam mana nak mengubah kerajaan?

    (Kredit grafik to P.Y Wong ohttp://tindakmalaysia.org)

  • Rockers dan Pakatan Rakyat

    October 15, 2011


     Oleh: MSK

    Dua minggu sudah aku baca tulisan Zulkifli Yahya dalam Kedahlanie tentang kesilapan yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR. Setuju 100%. Zulkifli bercakap tentang FB, tapi kalau dipantau tulisan-tulisan dalam blog dan komen-komen juga serupa.

    Sejujurnya, aku katakan bahawa penyokong Pakatan lebih brutal dari penyokong BN. Penyokong BN memang terkenal dengan porno tapi penyokong PR juga tidak akan melepaskan peluang bila ada. Pantang ada skandal maksiat…terus jadi headline. Tak kira la kalau skandal itu melibatkan Menteri atau JKKK.

    Kalau nak katakan penyokong Umno tak tau hukum agama…tu pasai depa capui macam tu..aku boleh setuju. Tapi kalau penyokong PR yang dikatakan beragama, bermaruah juga buat macam penyokong Umno…yang tu aku kata lebih brutal.

    Bila aku keluar dari PKR…macam-macam kutukan yang aku dapat. Seolah-olah keluar PKR tu macam keluar Islam. Keluar dari Umno dianggap hero…keluar dari PKR dianggap pengkhianat. Tukar parti dianggap macam tukar ugama.

    Bila Bob Lokman masuk Pas, secara tiba-tiba Bob Lokman dianggap hero. Artis masuk Pas seolah-olah utusan dari syurga. Bob Lokman dirai sampai Nizar pun kena ketepi. Bila Amy Search rapat dengan Nik Aziz, fuiyo..ramai yang kata Amy dah dapat hidayah. Bila masuk Pakatan, semua dosa masa lampau seolah-olah dihapuskan. Tapi kalau keluar Pakatan, semuanya jadi tak elok.

    Pakatan sudah jadi macam Hotel California. “You can come in anytime you like…but you can never leave”.

    Jadi, bila Awie masuk Umno..Awie terus dicerca..dikutuk..malah ada yang terus menghukum Awie ke lubang neraka. Ini mentaliti penyokong Pakatan. “Kalau hangpa tak sokong aku, hangpa tergolong dalam golongan musyrik, golongan munafik, golongan sesat,” Aku tak dapat bayangkan kalau Pakatan memerintah nanti. Macam mana kalau kuasa ditangan depa.

    Ini posting dalam karat e-jau.

    Awie..Dari Umno Kamu Datang Kepada Umno Kamu Kembali

    dan bila aku tengok komen-komen dibawahnya,

    1. pegi mati lu orang…nak masuk umno ke nak ke neraka peduli apa aku…

    2. GENG PARTI PANDI KUTTY SEKUTU APCO !

    3. tak mainla awie ke, zed zaidi ke atau adam ke…pergi blah la lu orang…adapun tak menambah, takde pun tak berkurang….kalau nak mengampu dan cari makanpun agak-agak le weh….patutlah orang kata artis ni banyak yang otak udang…

    Dan ini pula komen dalam blog Pulakdah.

    1. awie bukan PUKIDA ,, tapi 77 laaaa ,,,,,,,,,

    Kalau aku nak copy komen-komen tentang Awie ni..banyak lagi tapi cukup la. Kalau Awie masuk Pas…aku rasa dia akan dianggap hero tapi dia memilih Umno. Dan apabila dia memilih umno, maka teruk la dia kena kutuk. Aku tak kisah kalau penyokong Pakatan kutuk dia dari sudut politik, tapi bila kutukan itu bersifat “overkill”, ia juga boleh membuatkan aku marah.

    Aku rapat dengan Awie. Aku kenal Awie sejak dia dilahirkan kerana kami bersepupu. Bapa Awie adalah adik emak aku.

    Aku tak marah kalau Awie masuk umno. Malah kalau member-member rockers yang lain macam Meor Pestajiwa, Nikbinjidan, Rahmat Haron nak masuk Umno pun aku setuju. Sebab selama ini Pakatan menganggap rockers macam binatang terbuang. Rockers dianggap tidak bermaruah. Rockers dianggap pemangkin maksiat. Kecuali kalau rockers tu buang jeans seasoned dan pakai jubah. Ataupun berhenti melalak kat konsert dan kemudian berceramah. Yang tu semua bagus.

    Dua kali aku dan Meor Lanterajiwa cuba membantu Pakatan menarik golongan muda kedalam Pakatan Rakyat.

    Kali pertama kami merancang konsert “Bangkit” di Perak yang membariskan Pyanhabib, Nikbinjidan, Meor, Airmas..tapi tunggu punya tunggu…duit modal habis..akhirnya konsert dibatalkan.

    Kalu kedua kami cuba membuat konsert “Gelora anak Muda” di Pulau Pinang. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman sudah bagi lampu hijau, modal dikeluarkan,tapi akhirnya kena kencing.

    Bila aku nak buat di Selangor, Rodziah Ismail setuju tapi Hasan Ali kata “tak mau terlibat dengan dosa”. Ceramah maki hamun orang tak apa…yang tu Islamik. tapi menyanyi lagu kemanusiaan, lagu anti-ISA tak Islamik. Butuh la.

    So…dimana ruang rockers dalam Pakatan Rakyat? Apakah semua rockers yanag nak masuk Pakatan kena pakai jubah dan menjadi penceramah?

    Apakah sudah lupa tentang perjuangan rockers dalam reformasi? Apakah kemenangan Pakatan Rakyat itu hanya dari titik peluh AJK Cabang? Sebelum pilihanraya, rockers ditatang…tapi bila dah menang…depa ni dikatakan pemangkin maksiat? Hipokrit.

    Balik kepada kisah Awie.

    Bapa Awie adalah pemimpin masyarakat di Dato Keramat. Dia adalah diantara yang meneroka Kg. Bumiputra dalam tahun 1960an., seangkatan dengan Hamid Tuah. Akhirnya dia menjadi Ketua Umno disitu. Tapi pada tahun 99, bapa Awie berubah angin apabila Anwar disingkir. 

    Hangpa mungkin tak tau, bahawa gambar bapa Awie dengan Nik Aziz keluar dalam Harakah! Hangpa mungkin tak tau adik beradik dan ipar Awie juga turun kejalan raya pada tahun 1999. Selepas 1999, dimana Pas? Dimana Keadilan? Setinggan di Kampung Bumiputera kembali seperti biasa. Yang hangpa tau…haram, munafik, mungkar, maksiat.

    Come on la. Jangan la kerana ketaksuban politik itu menyebabkan kita lupa tentang nilai hidup. Jangan lah menganggap rockers itu penuh dengan maksiat manakala yang berjubah itu penuh keimanan. Kalau hangpa…penyokong Pakatan, menganggap hangpa sebagai lebih bermaruah dan bermoral tinggi..tunjukkan contoh. bukan menjadi lebih haprak.

     Ada yang membangkitkan tentang PUKIDA. Tolong jangan celupar sangat. Jangan pakejkan semua ahli PEKIDA dengan label lucah. Lebih-lebih lagi kalau hangpa merasakan hangpa lebih bermaruah.

    Siapakah yang membantu Nizar menang dalam PRK Bukit Gantang pada tahun 2009? Siapakah yang mempertahankan ADUN-ADUN PR semasa Krisis di SUK Perak?

    Empat hari sebelum hari mengundi semasa PRK Bukit Gantang, Nizar telah berjumpa dengan semua Ayahanda2 PEKIDA dari seluruh negara. Tak percaya tanya Nizar..tanya Haji Ismail…tanya Tan Kuda. Kepimpinan PEKIDA telah memberitahu Nizar bahawa mereka tidak akan terlibat membantu Umno dalam PRK Bukit Gantang. Malah apabila ada ahli PEKIDA yang cuba menaikkan pondok, yang lain akan merobohkannya. Dan perlu ingat, dalam PEKIDA ada ahli yang tak ada kad keahlian…dan ada ada yang mempunyai kad keahlian. So..jangan kutuk main borong.

    Semasa Krisis Perak juga, jangan lupa bahawa mereka yang berada dikeliling Nizar dan ADUN-ADUN yang lainnya juga adalah ahli-ahli PEKIDA.

    So..hangpa tau pasai apa aku kata dua-dua pihak…BN dan Pakatan serupa saja? Pasai tak pakai akai.

  • Skandal Parpukari

    September 15, 2011


    Oleh: MSK

    Akhirnya…terbongkar juga skandal Parpukari. Kalau dulu dia begitu seronok menghentam Topeng Perak yang digelarnya sebagai blogger belaan Husam Musa..sekarang giliran Parpukari pulak untuk digelar blogger belaan Zambry Kadir.

    Sejak dua hari sudah, skandal Parpukari menjadi hits, yang mana pendedahan dibuat oleh Edyes. (sepanjang yang aku baca). Parpukari dikatakan mendapat RM80,000 sebulan. untuk memblog. Betul ka tuduhan Edyes terhadap Parpukari?

    Aku tau benda ni lama dah dan dah lupa bila. Sekitar selepas Pemilihan PKR. Masa tu aku buat surat cuti untuk berehat dari PKR dan dalam masa itu juga aku ditawarkan untuk menjadi blogger hantu untuk Umno. Mungkin Wan Larut boleh confirm masa offer untuk mencari blogger Umno tu.

    Sejumlah peruntukan yang besar telah dijanjikan supaya blog-blog pro-Umno menguasai alam siber. Setiap blogger diberi elaun bulanan sebanyak RM2,500.00. Penyelaras untuk negeri Perak ialah Cikgu Najimy…blogger Taiping Mali.

    Kalau tuduhan mengatakan Parpukari menerima RM80,000 sebulan, yang tu aku tak setuju…walaupun dia sebelah sana. Tapi kalau Parpukari bertindak sebagai penyelaras dan duit itu adalah untuk elaun bloggers dalam jaringannya, yang tu aku setuju. Dan kalau aku la Parpukari, aku tak akan marah sebab bagi aku, itulah kos untuk menguasai alam siber. Bagi akau…fair. Kalau bagi seorang RM2,500.00 sebagai elaun untuk nak maintain blog..aku rasa adil.

    Aku bagi tau beberapa pemimpin PR tentang perancangan ini..tapi macam biasa, pemimpin PR buat tak tau. Kecuali PKR Selangor yang menubuhkan cybertrooper sendiri. Dan aku juga tau blog mana yang dibayar oleh PKR!! so, apakah kalau Parpukari terima duit, itu dianggap tidak bermoral tapi kalau kita terima duit, tak salah?

    Ok..yang tu boleh dibincangkan kemudian, tapi kali ini biarlah aku cerita sikit tentang Parpukari. tolong promote dia sikit. Lagipun dia sekarang dah mula nak hentam Najib.

    Mula-mula kita tengok printscreen dari blog Umnoreform.

     Aku cuma nak tolong Anuar Mohd Nor merungkai jaringan yang cukup menarik ini. Anuar pun member aku jugak.

    Raja Ahmad Zainudin ialah ahli Parlimen Larut..orang Perak.

    Zambry Kadir adalah Menteri Besar Perak.

    Akmar Hashim ialah Setiausaha Akhbar Najib.

    Ainun mohamad pula adalah Setiausaha Akhbar Muhyidin.

    Parpukari adalah orang Perak.

    So, kita boleh katakan skandal ini sebagai Perakgate. ha.ha.

    Zambry Kadir telah mengarahkan supaya satu portal dibuat untuk mempromosi dirinya dan Umno Perak. Oleh itu satu portal telah dibuat ia-itu…Perak-Today.com Tumpuannya ialah berita-berita Perak dan diselitkan dengan berita nasional. Penyelaras Perak diberikan kepada Cikgu Najimy, blogger Taiping Mali manakala Parpukari menjadi Penyelaras nasional. Cuba tengok printscreen dari Perak Today.

     Kalau tengok kepada English Section, semuanya dikemaskini oleh Najimy a.k.a Taiping Mali. Tapi ada dua berita nasional yang disumbangkan oleh “Salim”. siapa Salim? Yang tu hangpa jawab sendiri la.

    Cuba tengok blog Taiping Mali…berita tentang Raja Ahmad dan Zambry diberi keutamaan. Dan posting yang keluar dalam Taiping Mali juga akan keluar dalam Perak Today.

    Tengok pula blog Parpukari. Mengapa blog Parpukari membuat promosi khas untuk Perak Today?

    Pandai tak Parpukari? Dia gunakan blog dia untuk mempromosi Perak Today, sebab dia pun ada share dalam Perak Today. Bukan takat yang ni saja, kat sidebar pun ada link.

    Bagi aku, sapa terima duit itu tak menjadi masalah tapi adakah duit yang digunakan itu duit individu atau duit yang disonglap dari duit rakyat? Kalau duit rakyat, aku tak setuju.

    Apakah salah kalau Parpukari terima RM80,000 untuk propaganda Umno? Macam mana dengan peruntukan RM15 juta kerajaan Selangor untuk PIKOM?

    Dua-dua sama saja.

  • Perkongsian Matlamat

    July 21, 2011


    Pada tahun 1987, berlaku perselisihan diantara Tengku Razaleigh dengan Mahathir. Tengku Razaleigh merasa dianiaya kerana beliau sepatutnya menang dalam pertandingan merebut Presiden Umno menentang Mahathir. Pada kiraan awal, Tengku Razaleigh mendahului Mahathir..tetapi tiba-tiba bekalan elektrik di PWTC terputus. Dan apabila kiraan disambung semula selepas bekalan elektrik kembali pulih, Mahathir menang dengan majority 43 undi.

    Pada masa itu..Anwar berada dalam team Mahathir dan apabila Tengku Razaleigh menuduh Mahahthir menipu, maka Tengku Razaleigh juga menuduh Anwar bersubahat. Maka berlakulah pertembungan diantara team Tengku Razaleigh dengan Team Mahathir. Rais Yatim menjadi orang kanan Ku Li dan Anwar menjadi orang kanan Mahathir.

    Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46 dan mendapat banyak sokongan…termasuk dari Tengku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Ku Li juga mendapat sokongan Pas dan DAP.

    Ku Li menubuhkan Semangat 46 dan kemudiannya menubuhkan barisan pembangkang yang dikenali sebagai Barisan Rakyat. Kedudukan Semangat 46 sama macam Keadilan diawal penubuhan Barisan Alternatif. Pas dan DAP tak boleh bersemuka, lantas Ku Li menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah dengan Pas dan Barisan Rakyat dengan DAP dan kemudian disertai oleh PBS di Sabah.

    Empat parti bergabung untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional tetapi Barisan Rakyat hanya mampu menawan Kelantan dan Sabah dalam PRU 1990. DAP hanya berjaya menambah kerusi di Pulau Pinang. Lim Chong Eu tewas ditangan Kit Siang, dan Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri.

    Umno sepatutnya berhak melantik Ketua Menteri dari Umno sebab Umno memenangi jumlah kerusi yang lebih dari Gerakan tapi Melayu Umno masa tu memberikan kerusi Ketua Menteri kepada Gerakan. Tak timbul soal Melayu jual maruah…tak timbul soal hak Melayu tergadai…tak timbul soal Melayu tunduk kepada Cina…tak timbul soal Umno diperkudakan oleh Gerakan. Masa ada kuasa tak tahu macam mana nak guna…bila dah hilang kuasa, baru nak salahkan orang lain.

    Selepas 1990, Barisan Nasional kembali menyusun strategi manakala Barisan Pembangkang bergolak. Masing-masing berebut kuasa dan akhirnya Sabah jatuh ketangan Umno dan hanya Kelantan yang dapat dipertahankan. Gerakan kembali berkuasa di Pulau Pinang. Semangat 46 semakin lemah dan tewas dihampir semua kawasan. Sama macam Keadilan pada PRU 2004.

    Tengku Razaleigh gagal menumbangkan Umno kerana perjuangan Semangat 46 hanyalah untuk mendapatkan kuasa untuk golongan bangsawan. Tengku Razaleigh gagal kerana perjuangannya tidak mendapat sokongan rakyat.

    Sekitar tahun 1998, Tengku Razaleigh kembali menyertai Umno dan Semangat 46 terkubur. Dan dalam  tahun yang sama…Anwar pula tersingkir dari Umno. Kalau tahun 1987 Anwar dan Mahathir berganding tangan menentang Tengku Razaleigh, tetapi pada tahun 1999, Tengku Razaleigh pula berganding tangan dengan Mahathir menentang Anwar.

    Anwar berjaya menubuhkan Barisan Alternatif dengan gandingan Keadilan, Pas dan DAP. Tiga parti bersatu dalam Barisan Alternatif menentang Umno dan Barisan Nasional.

    Walaupun gandingan tiga parti ini disokong oleh Gerakan Reformasi yang digerakkan oleh rakyat, tetapi hanya berjaya mendapatkan Kelantan dan Terengganu. Kerana reformasi pada masa itu hanyalah berjuang untuk mendapatkan keadilan untuk Anwar.

    Selepas mendapat sedikit kejayaan pada PRU 1999, Barisan Alternatif mula goyang dan akhirnya hampir hancur apabila DAP bergaduh dengan Pas. Dalam PRU 2004, Keadilan hanya tinggal satu kerusi, manakala Terengganu tumbang dan hanya Kelantan dapat dipertahankan, itupun dengan kelebihan dua kerusi.

    Barisan Alternatif gagal kerana tidak tahu mengurus kepelbagaian. Masing-masing angkuh dengan pendirian masing-masing. Masing-masing hanya tahu hak masing-masing.

    Anwar bebas dari hukuman penjara selepas PRU 2004…dan kembali menyusun Barisan Alternatif. Barisan Alternatif hanya dianggotai oleh Pas dan PKR manakala DAP hanya mahu berurusan dengan PKR. Gabungan pembangkang dikenali sebagai Barisan Alternatif 2+1.

    Isu-isu nasional yang menghimpit rakyat menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat dan akhirnya, gabungan 2+1 berjaya mendapatkan lima negeri, tetapi masih belum mampu menumbangkan Barisan Nasional.

    Selepas PRU 2008, Pakatan Rakyat ditubuhkan menggantikan Barisan Alternatif dan dianggotai oleh Pas, PKR dan DAP. Dan sejak penubuhan Pakatan Rakyat…pelbagai isu timbul yang menampakkan bahawa Pakatan Rakyat begitu rapuh.

    Bagaimanakah keadaan PRU 2012 nanti? Apakah PKR akan menjadi Semangat 46 pada tahun 1995…ataupun Keadilan tahun 2004?

    Kalau Barisan Rakyat yang dianggotai oleh empat parti gagal menumbangkan Barisan nasional pada tahun 1990…

    Kalau Barisan Alternatif yang disokong oleh tiga parti gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 1999…walaupun dibantu oleh Gerakan reformasi…

    Kalau Barisan Alternatif 2+1 yang disokong oleh Pas, PKR dan DAP gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 2008… walaupun disokong oleh BERSIH 1.0 dan HINDRAF…

    Bagaimanakah Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh tiga parti mampu menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 2012 nanti?

    Kita perlu berfikir diluar garis-garis kebiasaan. Kita perlu bersedia untuk menghadapi perkara-perkara diluar dugaan.

    Siapa pernah meramalkan sebelum tahun 1987, bahawa Tengku Razaleigh akan disingkir oleh Mahathir dari Umno…sedangkan Tengku Razaleigh yang membawa Mahathir masuk Umno selepas Mahathir disingkir oleh Tengku Abdul Rahman.

    Siapa sangka bahawa Anwar akan disingkir oleh Mahathir..sedangkan Anwar bersedia untuk mendakap Mahathir dan meninggalkan rakan-rakannya dalam PAS..malah menjadi musuh Pas. Dan pada tahun 1999, Anwar kembali mendakap Pas selepas disingkir oleh Mahathir.

    Siapa sangka pada tahun 1999, Tengku Razaleigh yang bermusuhan dengan Mahathir kembali berdakap menentang Anwar yang sebelum itu berdakap dengan Mahathir menentang Tengku Razaleigh?

    Siapa sangka..Mahathir kembali pada tahun 2008 dan menyerang Abdullah Badawi…Perdana Menteri yang dipilih olehnya sendiri.

    Apakah tidak mungkin Najib menyingkir Muhyiddin tahun depan?

    Apakah tidak mungkin Najib menyingkir Khairy Jamaludin tahun depan?

    Apakah tidak mungkin Mahathir kembali menentang Najib tahun depan?

    Apakah tidak mungkin Anwar akan dipenjarakan tahun depan?

    Semuanya berkemungkinan. Dan kita semua akan gila sekiranya politik kita hanya berpaksikan individu yang bertelagah kerana impikan jawatan Perdana Menteri.

    Barisan Nasional hanya mampu ditumbangkan dengan Gerakan Rakyat. Dari rakyat..untuk rakyat.

    Barisan Rakyat gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 1990 kerana matlamatnya mahu menumbangkan Mahathir dan menjadikan Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri.

    Barisan Alternatif gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 1999 kerana matlamatnya mahu menumbangkan Mahathir dan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

    Barisan Alternatif 2+1 gagal menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 2008 kerana matlamatnya mahu menumbangkan Pak Lah dan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

    Pakatan Rakyat akan gagal dalam PRU 13, sekiranya matlamat Pakatan Rakyat hanya mahu menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

    Pakatan Rakyat hanya akan mampu menewaskan Barisan Nasional sekiranya kuasa itu dikembalikan kepada rakyat.

    Hey!! Bukankah mengembalikan kuasa rakyat itu menjadi slogan Barisan Alternatif 2+1 dalam PRU 2008 lalu? Mengapa kuasa rakyat sudah hilang bunyinya…dan yang bising kedengaran ialah kuasa Pas diKedah, kuasa PKR diSelangor..kuasa DAP di Pulau Pinang? Dimana kuasa rakyat?

    Politik PRU13 perlukan pendekatan diluar kebiasaan. Politk PRU 13 memerlukan anjakan pemikiran.

    Barisan Nasional tidak mungkin dapat ditumbangkan sekiranya Pakatan Rakyat mengamalkan politik kebencian. Politik PRU 13 memerlukan kasih sayang, kerjasama, persahabatan, persefahaman dan perkongsian.

    Kita tak boleh menang sekiranya kita hanya berminat mencari lawan. Kita tak boleh menang sekiranya kita hanya berminat mencari musuh.

    Kita tak boleh menang sekiranya kita tidak bersatu…memahami satu sama lain…dan berkongsi sesama sendiri.

    Bersedia?

    Tak salah kalau politik seseorang itu berkiblatkan PKR…atau bermazhab Pas…atau berfahaman DAP…. politheist ataupun tidak percaya kepada faham politik kepartian…tetapi mempunyai satu matlamat bahawa kita mahukan kehidupan yang lebih baik. Dari rakyat untuk rakyat.

    BERSIH telah pun menggerakkannya. BERSIH bukan dimiliki oleh Pas, PKR ataupun DAP. Ia adalah gerakan rakyat. Tetapi apa selepas BERSIH?

    Kita mempunyai perbezaan. Kalau mahu difikirkan tentang perbezaan..sampai bila pun kita tidak akan dapat hidup bersama…sedangkan kita berkongsi matlamat yang hampir sama.

    Kehidupan yang lebih baik..persekitaran yang selamat..kerajaan yang prihatin… aman dan harmoni…banyak lagi!!!

    Mengapa tidak kita fokuskan kepada matlamat yang positif ini? Dan kita cari jalan bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut…bukan dengan bertengkar apa hak aku dan apa hak kamu.

    Siapa yang hendak memulakan proses menjadikan manusia yang bertamaddun ini…bukan hanya memikirkan tentang kuasa.

    “Berikan aku sepuluh pemuda…akan ku goncangkan dunia.” Presiden Sukarno.

    Itu kata-kata hikmat yang diucapkan oleh Sukarno kira-kira 65 tahun dulu. Tapi sekarang sudah berbeza.

    Berikan aku sepuluh blogger…akan ku goncangkan Malaysia” . Mungkin ini kata-kata hikmat yang mungkin sesuai sekarang ini. Macam mana kalau ada 20…30 atau 50 blogger yang disatukan? Mungkin kita mampu menumbangkan Barisan Nasional.

    Semua orang adalah pemimpin. Semua orang perlu memimpin. Dan blogger adalah kalangan pemimpin yang mampu menggerakkan rakyat. Tapi ia hanya akan berlaku sekiranya blogger bersatu… dan menggerakkan perubahan.

    Aku mungkin mampu memulakan sesuatu…tetapi kita perlukan lebih dari itu. Aku pernah menulis tentang Blogger’s Power. Dan aku tau…kita boleh buat lebih dari apa yang kita buat sekarang. Tak perlu menyorok…tak perlu melakukan secara sembunyi. Kita buat secara terang-terangan.

    Awal bulan Jun, aku cuba untuk menganjurkan satu perjumpaan Bloggers. Tetapi oleh kerana kesibukan BERSIH, maka ianya ditunda. Sebagai permulaan, aku cuba membawa Mat Sabu dari Pas dan Haris Ibrahim dari MCLM untuk duduk bersama kita.

    Dewan sudah ditempah…tiba-tiba Mat Sabu cedera dilanggar polis. Aku cuba dapatkan Nizar Jamaludin…tetapi Nizar pula dah ada program lain.

    Aku terpaksa meneruskan program ini walaupun tanpa pemimpin Pakatan Rakyat. Masa yang terbuang adalah satu pembaziran. Perjumpaan ini adalah satu permulaan. Selepas ini, kita akan adakan beberapa siri perjumpaan, mungkin disetiap negeri.

    Dan apa yang diharapkan ialah…kita akan dapat mencipta satu jaringan Bloggers Rakyat tanpa mengira parti atau mazhab politik untuk mengembalikan kuasa rakyat.

    Ready?

    Kita jumpa hujung minggu ini.

    Tempat: Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall.

    Masa: 8.00 malam.

    Tarikh: 23 Julai 2011 (Sabtu)

    Tempat terhad.

     Sila hubungi nama-nama dibawah ini untuk pengesahan.

    Matsamankati: [email protected]

    Albanjari: [email protected]

    Ikutsukaakuisa:[email protected]

    Cenangau:  [email protected]

    Anak Sungai Derhaka:[email protected]

    Aduka Taruna: [email protected]

    Kerajaan Rakyat:[email protected]

  • Pakatan mampu tawan N. Sembilan?

    July 7, 2011


    Demam BERSIH kembali panas. Pertembungan baju merah dengan baju kuning mungkin tidak dapat dielakkan lagi. Malaysia dah jadi macam Siam.

    Apa pun, BERSIH kena pergi jugak, dan dalam  masa yang sama, petugas pilihanraya kena terus buat kerja juga. Jangan nanti jadi macam tahun 1999. Lepas teruk kena air asid, kena belantan dan cota, tapi bila pilihanraya kita tewas.

    Semalam, Cenangau dah buktikan pengundi hantu yang masih berkeliaran. Itu baru 37 nama….kalau disemak lebih teliti, macam-macam lagi hantu yang akan keluar. Sekarang ini, kita masih lagi belum mengesan anggota polis dan tentera yang mempunyai Mykad dan Kad polis atau tentera. Tang situ saja nanti entah berapa ribu.

    Sapa-sapa yang ada data pengundi, tolong merge Pengundi Nibong Tebal dengan Parit Buntar. Banyak sangat nama yang sama. Pelik…macam la tak ada nama lain.

    Anyway, kali ini aku upload keputusan pilihanraya 2008 DUN Negeri Sembilan.  Boleh download kat sini.

    Negeri Sembilan macam Sibu 2010. Nak menang PRU 13 perlu ada kelebihan yang tinggi berbanding PRU 2008. Kalau setakat mengharapkan perubahan pertambahan 5% undi, tak cukup. Ia tak akan membawa apa-apa perubahan.

    Kedudukan sekarang, BN: 21, PR:15.

    Sekiranya berlaku pertambahan sebanyak 5%, keadaan tak berubah. Kalau berlaku pertambahan 10%, barulah Pakatan mendapat pertambahan 7 kerusi menjadikan 22-14. Itu pun kalau pertambahan berlaku pada kerusi-kerusi, Lenggeng, Klawang, Labu,Linggi, Pilah, Chennah dan Johol.

    Ini bukan mustahil. Malah boleh berlaku sekiranya Pakatan mempunyai strategi yang tepat.

    Sekiranya ini berlaku, maka DAP akan mendapat 11 kerusi, PKR-7 dan Pas-4.. Tapi ini hanya atas kertas…belum dikira persepsi terkini.  dan belum juga dikira apakah yang akan berlaku dari sekarang hingga pilihanraya nanti. Semasa PRU 2008, tak ada siapa yang dapat menyangka bahawa Pakatan akan dapat 5 negeri…kerana perubahan besar hanya berlaku beberapa hari sebelum mengundi.

    Lepas ni aku nak rehat sikit daripada bercakap tentang data pilihanraya. Selepas BERSIH, kita sambung balik tentang apa yang perlu dilakukan.

  • Menjejak pengundi hantu

    July 3, 2011


    Sejak dua tiga hari ni, banyak blog yang melondehkan SPR. Tapi aku mintak la…berlaku adil jugak la kat SPR tu sikit. Bukan pasai apa, SPR tu cuma budak suruhan Umno. Kalau nak kutuk, kutuk bos SPR, jangan la hayun semua sekali sebab ramai juga yang dalam SPR tu orang kita. Sat lagi, hangpa kutuk semua…kita pun tak dapat info dari dalam.

    Satu perkataan yang paling popular bila sebut SPR ni ialah “Pengundi Hantu”. Tapi kadang-kadang, definasi pengundi hantu ni kita sendiri pun kabur. Macam mana yang dikatakan pengundi hantu? Berapa ramai pengundi hantu yang dah berjaya kita tangkap atau kenalpasti?

    Kalau takat ada berpuluh nama dalam senarai yang didaftarkan dalam satu rumah..belum boleh dikatakan pengundi hantu. Pasai apa aku kata begitu, sebab kalau yang itu dikatakan pengundi hantu, maka Umno bela hantu, Gerakan bela hantu, Pas pun bela hantu.

    Macam mana boleh jadi begitu ramai pengundi dalam satu alamat? Kalau nak tunggu SPR yang cerita…depa tak kan cerita. Depa buat bodoh saja.

    Aku tak mau kata aku terrrer…tapi dulu aku jadi bomoh bela pengundi hantu ni.

    Semasa PRU 1990, Gerakan hilang banyak kerusi di Pulau Pinang kerana persefahaman diantara Semangat 46 dengan DAP. Lim Chong Eu kalah di Padang Kota ditangan Lim Kit Siang. Tapi Koh Tsu Koon menang di Tanjong Bunga. Oleh kerana ramai pemimpin Gerakan yang senior semua kalah, maka Koh Tsu Koon yang junior jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Koh tsu Koon pun dapat jadi Ketua Menteri pasai Umno bodoh.

    Umno menang lebih banyak kerusi dari Gerakan, tapi depa bagi kat Gerakan untuk jadi Ketua Menteri! Masa depa ada kuasa, depa bagi kat Cina. Bila depa dah tak ada kuasa, baru depa hingaq, Penang sudah jatuh ketangan Cina. Bodoh piang!!

    Tahun 1992, Gerakan sudah mula merancang bagaimana hendak memenangi kembali kerusi yang tewas. Aku diminta untuk join satu team underground untuk Gerakan. Masa tu, bukan pasai aku ahli Gerakan atau minat politik…tapi pasai aku terror menggunakan Lotus 123.

    Best bro!! Tahun 1992 sapa yang ada pakai laptop? Bos aku bagi satu laptop AST monochrome berharga RM12,000. Perisian yang ada hanyalah Lotus 123, Wordstar dan Dbase 111+. Apa lagi…berlagak sakan la.

    Aku bekerja dibawah Dr. Neoh Soon ***. Orang Gerakan mesti tau. Dr. Neoh lapor terus kepada Koh Tsu Koon.

    Team kami adalah team underground bekerja untuk Gerakan. Orang Gerakan pun tak kenal kami. Tugas kami adalah untuk memenangi DUN Bukit Tengah dan mempertahankan DUN Tanjong Bunga.

    Kerja aku ialah memindahkan pengundi yang pro -BN dari sekitar Bukit Tengah. Termasuk dari Machang Bubuk, Alma dan Juru. Tak susah buat kerja ni. Cuma pi cari Ketua Cawangan Umno kat tempat-tempat ni, minta kat depa nama ahli-ahli Umno dan kami pindahkan ke Bukit tengah. Ketua cawangan minta RM50.00 satu nama. No problem. Bagi kat yang punya nama lagi RM50.00. Hari mengundi lagi RM50.00 Bayar kat orang dalam SPR Rm50.00.

    Bajet untuk satu pengundi ialah RM300.00. Lebih aku punya. 100 orang dah RM30,000.00. Ceh…berapa sangat? BN belanja RM5 juta untuk satu DUN.

    Kat Tanjong Bunga pulak lain taktiknya. Nak pindah dari mana? Tarik dari Kebun Bunga, Teng Hock Nan marah, tarik dari Teluk Bahang Hilmi marah.

    Apa yang aku buat ialah impot dari Air Itam. Aku pindahkan 2,000 pengundi dari Air Itam ke Tanjung Bunga. Sebabnya…masa tu kami dapat tau..Lim Kit Siang akan menentang Koh Tsu Koon dalam PRU berikutnya. Memang betul!! Tahun 1995, Kit Siang bertanding di Tanjong Bunga melawan Koh Tsu Koon. Tapi Kit Siang tewas.

    Kat Bukit Tengah pun Liang Tau Sang dari Gerakan menang!!

    PKR tak mau belajar taktik ni…sebaliknya depa pandang serong kat aku. “Tak guna…hang pun buat kerja kotoq ka?” Macam la depa bersih sangat.

    Tapi Pas belajar taktik ini. Selepas PRU 1999, Pas pun buat benda ni. Ramai ahli-ahli Pas yang duduk kat Juru, Penanti, Seberang Jaya…semua depa pindahkan ke Permatang Pasir. Ini bukan cerita kosong!!

    Idris bin abdul Wahab adalah Ketua Cawangan Pas Kampong Tok Panjang, dalam DUN Bukit Tengah. Macam mana dia boleh mengundi di Permatang Pasir? Yang anak panah biru tu bini dia!! Nak tau lebih banyak lagi…pi tanya Abu Nawas.

    Tu pasai, dalam PRK Permatang Pasir, Pas tak bising tentang pengundi hantu…tapi yang bising ialah Umno. Sebab dalam satu rumah…ada yang sampai 30 pengundi…dan semuanya mengundi Pas.

    OK…kalau nak bising pasai ramai pengundi dalam satu alamat..yang tu kira fair and square.

    Dan yang ini bukan pengundi hantu…sebab pengundi-pengundi tersebut pijak tanah. Kalau nak jejak pengundi hantu ni pun tak susah.

    Yang aku kategorikan sebagai pengundi hantu ini ialah orang yang mengundi dengan menggunakan nama orang lain. Bila pengundi sebenar datang nak mengundi, tiba-tiba SPR kata dia dah mengundi. Kemudian, ada orang yang mengundi sedangkan pengundi tersebut dah mati….tapi hidup balik bila hari mengundi.

    Tapi…taktik memindahkan pengundi  ni dah outdated. Umno pun tak mau pakai taktik ni sebab kosnya tinggi dan ROI rendah. Jadi depa gunakan taktik baru.

    Taktik baru ialah dengan memindahkan pengundi tanpa melalui orang tengah macam aku. Sebaliknya terus dengan SPR. SPR cuma perlu ubah data dalam database depa, tup-tup bila hari mengundi, pengundi terkejut sebab depa dah kena tukar tempat mengundi.

    Disini Umno menang banyak sebab saikologi.

    Bila tiba hari mengundi, kereta yang mengangkut pengundi dari Pakatan…terutamanya dari PKR tak cukup. Kebanyakan pengundi naik kenderaan sendiri. Penyokong Pakatan tak kan mau naik kereta BN. Nak naik kereta Pakatan…lambat sangat. Jadi depa naik kereta sendiri. Terpaksa la menempuh traffic jam.

    Tup-tup…bila sampai tempat yang dia biasa mengundi…nama dia tak dak. Bila check..tengok-tengok nama dia dah kena pindah DUN lain. Hangpa ingat dia nak pi ka? Baik balik rumah…tidoq. Hilang satu undi untuk Pakatan.

    Tapi Umno ada database sendiri. Depa tau kat mana pengundi berada dan ada petugas yang boleh angkut. tu pasai…peratus mengundi dikawasan yang Umno menang tinggi sebab depa pastikan penyokong depa keluar mengundi.

    Kita pulak…tak tau penyokong kita duduk kat mana?

    La ni kita nak buat apa?

    Dalam satu-satu DUN, hampir 15% daripada pengundi tidak tinggal dialamat yang terdapat dalam Daftar Pemilih. Depa daftar kat Kuala Kangsar, tapi kerja kat Bayan Lepas. Yang ni dikategorikan sebagai “Pengundi Luar”. Kalau kita tak ada database pengundi luar, macam mana kita nak jejak pengundi ni?  Yang ni nak salahkan SPR atau salahkan parti tak buat kerja.

    Mungkin kalau kita nak komplen, kita boleh komplen tentang alamat yang tak wujud. Sebagai contoh…Labourers Lines dan Government Quarters, dalam Daerah Mengundi Sauk, DUN Chenderoh. Parlimen Padang Rengas.

    ICNamaNoRumahNamaLokalitiNamaDMNamaDUN350413085007ZAKARIA BIN SALLEH GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH420305085713HAMZAH BIN AHMAD GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH420817025124RAMLAH BINTI IBRAHIM GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH430611085630HUZAIAPPAH BINTI ABAS GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH500427085260PAIEZAH BINTI HAJI AZIZ GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH510524085501MUSTAPA KAMAL BIN BAHARI1231-AGOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH510607085881MOHD NAZERI BIN MOHD SAID GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH511114085415ABDUL SALAM BIN OTHMANJKR 769GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH521222086094RUSANAH @ RUSARAH BT ALANG ABDUL SAMAD GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH541210085578RASIAH BINTI ZAKARIA1231-AGOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH550412085095HASNAN BIN KHAIRUDDIN1013 PGOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH560604086366ZAHRAH BINTI NARUN767GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH580922085340NORIAH BINTI BASRI239GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH590110085387BADRISHAH BIN SHAHARIN GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH601109055288SALIMAH BINTI ABDULLAH247GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH621102086100SA’ADIAH BINTI MOHD ARIFIN GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH630101086656SOFIAH BINTI HALIS1013 PGOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH650425086060SELVI A/P KRISHNAN GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH680312086213LATCHUMANAN A/L KRISHNAN GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH710120086010SAROJINI A/P KRISHNANJKR 768GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH720802086228MAIZURA BINTI HAZARY361GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH760707085987ROZMAN BIN CHE ROSS767GOVERNMENT QUARTERS                               SAUKCHENDEROH380426085126PERUMAL A/P MUTHUAN LABOURERS LINES                                   SAUKCHENDEROH490309085888ESHAHBI BINTI IBRAHIMC-311LABOURERS LINES                                   SAUKCHENDEROH780201086067MOHD HELMIE BIN CHE ROSS767LABOURERS LINES                                   SAUKCHENDEROH790609025267NAGENTHIRAN A/L CHELLAMUTHUNO.1LABOURERS LINES                                   SAUKCHENDEROH810102086103SHAHRIN BIN SHAHARANI318LABOURERS LINES                                   SAUKCHENDEROH840813085956ZURAIDAH BINTI MOHD SAPIAI @ NORDIN LABOURERS LINES                                   SAUKCHENDEROH

    Kalau hangpa tanya kat orang Sauk..mana yang muda-muda tu…mati hidup balik depa tak tau. Sebab Labourers Lines tu dah tak dak sejak 20 tahun yang lalu. Dah jadi reban ayam hutan.

    Government Quarters tu pun tak dak sapa yang duduk lagi dah.

     Kalau yang tua-tua tu beralamatkan Labourers Lines…aku tak heran. Tapi macam mana yang muda-muda tu pun beralamat disitu? Ini kelemahan sistem…sebab bila depa mendaftar sebagai pengundi, kena ikut alamat dalam IC. Walaupun alamat dalam IC tu dah tak wujud.

    La ni…kita nak terajang SPR atau perbaiki sistem? Kalau nak perbaiki sistem…macam mana?

  • Selangor dalam bahaya

    July 1, 2011


     Bahagian 1

    Pada 2 Mei 2011, Zuraidah Kamarudin, Ketua Wanita PKR memberitahu dalam satu sidang akhbar bahawa Pakatan Rakyat selangor bukan saja akan mempertahankan Selangor, malah akan menguasai dua pertiga kerusi DUN Selangor. (Sini)

    Pada 4 Jun 2011, Mat Sabu diisytiharkan menang jawatan Timbalan Presiden Pas. (Sini)

    Pada 5 Jun 2011, Mat Sabu menyanggah kenyataan Zuraida tentang peluang Pakatan Rakyat di Selangor dengan menyatakan “”Belum tentu, belum tentu kita boleh menang,” katanya.

    Pada 10 Jun 2011, Zuraida membuat laporan polis tentang penemuan “video seks” Mat Sabu. (Sini) Dari puluhan juta rakyat Malaysia, mengapa Zuraida yang begitu “prihatin” terhadap Mat Sabu? Sedangkan dalam kes video seks Anwar, Zuraida takat berceramah saja?.This is interesting.

    Pada 12 June 2011, Hasan Ali digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor.

    Pada 13 Jun 2011, Blogger Ikutsukaakuisa menulis tentang Mat Sabu Di Sabotaj oleh PKR dan PAS….???? Apa yang menarik dalam tulisan ISA ialah “

    Maka di lancarkan Video Kedua (CD-2), untuk merosakkan imej Mat Sabu… kali ini siapa yang lantang bersuara berkaitan video kedua ini… hahahaha… beliau ialah pompuan atasan dalam PKR, lu orang carilah kenyataan akhbar pompuan ini yang menjadi pencacai tegar orang atas… atas.. atas… lagi dalam PKR.

    Aku tak mau tuduh sapa-sapa dan tak mau juga membuat sebarang kesimpulan. Tapi apa yang aku rasakan ialah bukan Umno saja yang takut dengan kemenangan Mat Sabu, malah PKR juga takut dengan kemenangan Mat Sabu. PKR lebih selesa kalau Hasan Ali jadi Pesuruhjaya PAs Selangor, pasai ramai orang tak suka Hasan Ali.

    Bila orang tak suka Hasan Ali, Pas akan lemah dan PKR akan terus mendominasi Selangor. Tapi kalau PAS kuat… PKR Selangor akan merudum.

    —————————————————————————————–

    Bahagian 2

    Dalam posting Jalan Tengah 2, aku tulis ayat-ayat ini….

    Baru bulan lepas, Zuraidah dan Suhaimi dengan bangga mengatakan bahawa PR bukan saja akan mempertahankan Selangor, malah akan menambah kerusi lebih dari dua pertiga. Semalam Mat Sabu pula mengatakan Selangor dalam bahaya. Kalau pilihanraya diadakan sekarang, belum tentu Pakatan Rakyat Selangor akan dapat bertahan. Ini dua pandangan yang sangat ekstrim!! Siapa yang boleh dipercayai? Mat Sabu atau Zuraidah?

    Aku lebih percaya cakap Mat Sabu dari Zuraidah. Malah aku tulis juga yang ini….

    Bukan setakat Selangor, malah Kedah juga dalam bahaya. Dengan peralihan sebanyak 5% undi yang menyokong Pakatan dalam tahun 2008, akan menyebabkan Pakatan Rakyat Kedah tersungkur.

     Tapi…beberapa hari lalu, Kit Siang juga berkata Pakatan Rakyat akan dapat mempertahankan Selangor!! So, PKR dengan DAP begitu konfiden, tapi Mat Sabu tak konfiden. Aku pulak menyebelahi Mat Sabu. Sapa yang betul?

    Tak perlu berbahas sapa yang betul. Hangpa tengok dan fikir sendiri.

    Dalam PRU 2008 yang lalu, Pakatan Rakyat menang sebanyak 36 kerusi dan BN mendapat 20 kerusi. (Jangan kira yang lompat).

    Tapi dalam jumlah 36 kerusi yang dimenangi oleh Pakatan, 10 kerusi mendapat majoriti dibawah 10%.

     Bagaimana kalau berlaku perubahan sebanyak 5% pengundi beralih kepada BN? Semua kerusi ini akan lingkup. BN akan mendapat 30 kerusi dan PR akan tinggal 26 kerusi.

    BN juga memenangi 12 kerusi dengan majoriti dibawah 10%.

    Sekiranya Pakatan berjaya menambah 5% dari jumlah yang diperolehi dalam PRU 2008, maka Pakatan akan mampu mendapatkan majoriti 2/3. Sama keadaannya macam Kedah.

    Kit Siang betul, kalau berlaku pertambahan 5% undi berbanding PRU 2008. Mat Sabu betul, kalau berlaku kekurangan 5% undi berbanding PRU 2008.

    ————————————————————————————————-

    Apa kaitan Bahagian 1 dan Bahagian 2?

    Seperti kata Maradona dalam ruangan komen..”Politics is about power”. There’s no permanent enemies or friends in politics.

    Sekarang ini, DAP mempunyai 13 kerusi, PAS: 8 dan PKR 15(tolak 1). Oleh itu, PKR berhak menerajui Selangor dan Menteri Besar dari PKR. Bagaimana kalau Pakatan mampu mempertahankan Selangor tetapi dengan majoriti kerusi yang rendah daripada sekarang? Katakanlah  DAP kekal dengan 13 kerusi, tetapi Pas berjaya menambah kepada 10 kerusi, manakala PKR kehilangan 8 kerusi menjadikan hanya 7 kerusi? Jumlah keseluruhan, Pakatan Rakyat  30 kerusi berbanding BN:26. Siapakah yang akan menerajui Selangor dan menjadi Menteri Besar?

    Ini persoalan menarik. Mengapa aku katakan menarik adalah berasaskan kajian yang dibuat oleh Merdeka Center baru-baru ini.

    Sebaik saja selesai Muktamar Pas pada 4 Jun, PKR telah menugaskan Merdeka Center untuk membuat kajian tentang tahap sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat. Soalan yang diberikan cukup mudah dan hanya dua soalan yang diajukan.

    1. Adakah anda percaya kepada Anwar Ibrahim?

    2. Adakah anda percaya kepada Pas?

    Kawasan kajian dibahagikan kepada beberapa kriteria:

    1. Luarbandar ( Sabak Bernam, Sekincan, Sungai Besar dan Jeram)

    2. Bandar (Shah Alam, Kota Damansara, PJ Selatan dan PJ Utara)

    3. Pengundi Cina

    4. Pengundi India.

    Hasilnya?

    1. Hanya 37% daripada pengundi luarbandar yang percaya kepada Anwar manakala tahap kepercayaan terhadap PAS meningkat kepada 57%.

    2. Hanya 31% daripada pengundi bandar percaya kepada Anwar manakala kepercayaan kepada PAS meningkat kepada 61%.

    3. Hanya 27% pengundi Cina percaya kepada Anwar manakala sokongan kepada PAS kekal pada tahap 46%.

    4. Hanya 18% pengundi India masih percaya kepada Anwar manakala sokongan kepada Pas sekitar 23%.

    Hasil kajian Merdeka Center ini telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PKR baru-baru ini. Sepatutnya ia adalah rahsia dalaman parti dan tak sepatutnya terbongkar. Lagipun, semua yang diragui kesetiaannya sudah pun meninggalkan parti. Rupanya ada lagi Trojan Horse dalam PKR. But that’s not your problem..or my problem.

    Cuba plot hasil kajian ini kepada keputusan pilihanraya 2008 yang lalu dan apakah unjuran yang hangpa dapat?

    DAP:13?

    Pas:10?

    PKR:7?

    Untuk memudahkan hangpa membuat unjuran, aku attachkan keputusan PRU 2008 Selangor mengikut DUN. Download disini.

    Sapa yang pakai Officet 2000, Download disini.

    Selamat menjadi penganalisis politk.