Blog

  • John Soh: Orang nombor 2 PKR

    February 16, 2012


    Ini adalah bahagian kedua. Bahagian pertama adalah mengenai Siapa Datuk John Soh. Kali ini kita akan mengetahui apa kaitan John Soh dengan PKR.

    Selepas meraikan kemenangan March 2008, dimana buat pertamakalinya sejak Mei 1969 pembangkang berjaya dalam pilihanraya dan memungkinkan terciptanya sistem dua parti di Malaysia, terdapat keperluan untuk merancang bagaimana untuk memerintah.

    Seperti apa yang pernah ditekankan oleh John Soh yang perlu difahami oleh pembangkang: Tak susah untuk menang..tapi susah untuk memerintah. Kemenangan adalah permulaan kepada masalah…bukan penyelesaian. Masalah kita bermula selepas kita menang sebab mengurus kerajaan adalah lebih susah dari mendapat kemenangan.

    John Soh sedar bahawa perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mendapatkan satu bangunan untuk PKR dan dilengkapi supaya ia dapat befungsi sebagai pusat operasi, bukan saja untuk PKR malah untuk Pakatan Rakyat juga. Pakatan Rakyat sebenarnya hanya mempunayi masa selama 4-5 tahun, satu jangka masa yang boleh dikatakan pendek untuk melakukan apa yang patut untuk menjadi satu kerajaan pusat yang kredibel dan berdaya tahan.

    Apa yang tidak diketahui oleh ramai orang, kecuali mereka yang rapat dengan Anwar Ibrahim, John Soh bukan saja menyediakan keperluan kewangan kepada PKR. dia juga merupakan pakar strategi yang fokus tentang bagaimana hendak memenangi Putrajaya dalam pilihanraya akan datang. walaubagaimanapun, untuk melakukan ini, kita perlu menunjukkan bahawa kita tahu bagaimana hendak memerintah. Ini saja yang dapat meyakinkan rakyat.

    Tidak ada jalan pintas untuk ke Putrajaya. Ia penuh dengan liku-liku dalam 4-5 tahun yang kan datang. Dan perjalanan itu bermula hari ini tetapi jalan tersebut bukan saja berliku, tapi penuh ranjau dan duri. dan apabila baru saja mau bermula, John Soh dan Anwar tidak dapat bersetuju dalam banyak isu.

    John Soh sentiasa mengingatkan Anwar bahawa sentimen dan emosi tidak seharusnya menghalang agenda besar untuk menubuhkan kerajaan pusat. tapi amaran itu tidak dapat diterima oleh Anwar. Anwar merasakan bahawa John Soh cuba untuk  menguasai dirinya hanya kerana PKR bergantung kepada kewangan John Soh untuk mencapai impian ke Putrajaya.

    Diperingkat awal, John Soh berhujah betapa perlunya menyediakan generasi kepimpinan yang baru, memandangkan mereka yang menang dalam PRU 12 dulu  tidak mempunyai kualiti. Malah Anwar sendiri mengaku secara terbuka bahawa mereka yang menang dalam PRU 2008 sebenarnya tidak mengharap kemenangan dan adalah satu kesilapan untuk meletakkan mereka sebagai calon.

    Walaupun begitu, Anwar tidak bertindak dalam perkara ini. Malah apabila kes Elizabeth Wong tercetus dan John Soh mahukan sesuatu dilakukan. John Soh memberitahu Anwar bahawa kes Elizabeth Wong adalah lebih serius dari yang disangkakan dan adalah lebih baik isu ini dipadamkan sebelum ianya menghantui parti kemudian nanti.

    Anwar tidak bersetuju dan merasakan bahawa John Soh terlalu emosional dan memberitahu bahawa perkara ini akan selesai bila tiba masanya. John Soh memberitahu Anwar bahawa bertindak awal adalah elbih baik daripada memperbetulkan kesilapan tetapi dia gagal  untuk memastikan Anwar bertindak.

    Satu lagi fokus John Soh ialah kawasan Melayu. John Soh menegaskan bahawa adalah mustahil untuk memenangi pilihanraya kecuali sesuatu parti itu mendapat sokongan kaum Melayu. Adalah penting, sekiranya Anwar menumpukan kawasan Melayu. Ini juga tidak dipersetujui oleh Anwar kerana dia lebih suka memberikan tumpuan kepada penonton diluar negara daripada menghabiskan masa diluar bandar.

    Keadaan semakin jelas dimana sejak awal lagi, John Soh dan Anwar mempunyai konflik dalam menghadapi masalah dan perbezaan keutamaan. John Soh memilih untuk “bertindak lebih awal”..manakala Anwar lebih suka “tunggu sampai ianya berlaku”.

    Sebenarnya, perbalahan diantara Anwar dan John Soh bermula lebih awal lagi dan hanya memuncak lama kemudian. Perbalahan pertama bermula apabila Anwar mengumumkan pelan 16 September.

    16 September sepatutnya hari dimana Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya. Untuk melakukan ini, Anwar perlu memujuk sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN untuk melompat ke Pakatan.

    Untuk mendapatkan 30 Ahli Parlimen BN untuk melompat bukanlah satu perkara yang susah. apa yang diperlukan ialah duit. Dengan lebih tepat..RM300 juta diperlukan untuk membayar RM10 juta seorang kepada Ahli Parlimen BN untuk melompat. Masalahnya..selepas RM300 juta dibayar, yang mana perlu dibayar lebih awal, apakah yang boleh memastikan bahawa Umno tidak akan menawarkanRM15 juta untuk membeli mereka balik?

    Diakhirnya: Pakatan membayar setiap AP BN sebanyak RM10 juta seorang dan Umno pula akan meningkatkan tawaran sebanyak RM15 juta. Ahli PArlimen ini akan menerima RM25 juta dan mereka akhirnya tetap bersama BN. Kalau mereka boleh dibeli, maka tidak mustahil mereka juga boleh dibeli balik dengan harga yang tinggi. dan mereka akan menerima tawaran yang lebih tinggi tanpa memulangkan RM10 juta yang telah diberikan diperingkat awal.

    Hujah John Soh ialah dia terpaksa menanggung RM300 juta itu. Sekiranya berjalan lancar, tak ada masalah. Tapi bagaimana kalau ia gagal seperti yang berlaku di Perak, dan Umno menawarkan harga yang lebih tinggi kepada ahli Parlimen ini? RM300 juta akan hanyut kedalam longkang.

    John Soh tidak bersetuju untuk membiayai RM300 juta kecuali anwar boleh menjanjikan kejayaan. Tapi macam mana anwar boleh menjamin kejayaan? Bagi 30 ahli Parlimen yang sedia menjual diri ini..kalau mereka boleh menjualkan diri mereka kepda Pakatan…mereka juga boleh menjual diri mereka kepada BN.

    John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan impian untuk ke Putrajaya pada 16 September pun berkecai. Dan ini juga bermakna Anwar terpaksa berhadapan dengan tuduhan liwat 2. Hanya satu cara untuk Anwar menghindari tuduhan liwat 2 ialah dengan menjadi Perdana  Menteri, yang mana tidak akan berlaku buat masa ini.

    Berminggu lamanya Anwar tidak mahu bercakap dengan John Soh. Anwar meletakkan kegagaln 16 September kepada John Soh. Apabila mereka akhirnya berjumpa, Anwar dan John Soh bertegang urat. Apabila Anwar mengatakan John Soh patut dipersalahkan diatas kegagalan 16 September, John Soh menjawab, “Kalau awak begitu yakin ia akan berjaya..mengapa tak pakai duit sendiri? Bawa balik la berbillion duit yang awak simpan diluar negri tu dan bayar RM300 juta dengan duit sendiri!”

    Boleh dikatakan, ini adalah bermulanya kegagalan hubungan Anwar dan John Soh. Dengan sekali jawapan tersebut, John Soh menghancurkan apa saja kemungkinan untuk bersama. Mulai saat tersebut, hubungan Anwar dan John Soh mulai meruncing dan mereka boleh dikatakan tidak bersetuju dalam semua perkara. Anwar tidak memaafkan John Soh diatas kegagaln 16 September.

    Satu lepas satu, isu-isu berbangkit yang merenggangkan lagi hubungan mereka. John Soh mahukan reform didalam PKR tetapi pelannya untuk melakukan reformasi dibalas dengan tentangan. Ketika itu, John Soh sedar tentang pengaruh Azmin Ali terhadap Anwar. Kalau John Soh mahukan Anwar bersetuju terhadap apa-apa jua perkara, dia perlu memastikan Azmin bersetuju terlebih dahulu. Hanya dengan cara itu dia boleh memastikan Anwar bersetju dengan cadanganya.

    Majlis Tertinggi PKR hanyalah boneka kerana Anwar sering merujuk kepada mafia-mafia Umno yang menjadi rakannya tentang bagaimana mengurus parti. Apa yang paling menyakitkan hati John Soh ialah struktur parti dalam parti dimana didalam lingkungan pemegang jawatan dalam parti, muncul pula satu lagi kumpulan semua Melayu yang dianggotai oleh bekas-bekas umno. Malah kumpulan kedua bekas-bekas Umno ini mengadakan mesyuarat yang berasingan selepas mesyuarat utama.

    Apabila Zaid Ibrahim menyertai parti, John Soh dengan serta merta merasakan terdapat peluang untuk melakukan reform yang sangat-sangat diperlukan dalam PKR yang akan diketuai oleh Zaid. John Soh melihat peluang ini ketika krisis Jeffrey Kitingan dan meminta Zaid untuk membantu meredakan keadaan. John kemudiannya membantu mempopularkan Zaid di Sabah dan Sarawak.

    John Soh tersangat marah apabila Anwar membuat U-turn dan menolak Pelan Damai Sabah walaupun bersetuju pada awalnya. John Soh bekerja kuat untuk pelan damai ini dan marah apabila mendapati bahawa orang yang menghancurkan pelan damai ini ialah Azmin Ali.

    Dalam kejadian lain, John Soh menyokong Zaid dalam percubaan untuk jawatan Timbalan Presiden dan merasa jijik apabila melihat penipuan yang berlaku. Dengan menggunakan perkataannya sendiri, ” Saya tak fikir Anwar dan Azmin boleh bertindak sekotor ini.” Ia menyebabkan keadaan menjadi bertambah teruk

    Apabila keadsan sudah tidak dapat diperbaiki lagi, John Soh dan Anwar berpisah. Punca perpisahan mereka ialah Pilihanraya Negeri Sarawak hampir setahun yang lalu.

    Ibupejabat PKR sebenarnya dimiliki oleh John Soh dan PKR hanyalah menumpang secara percuma. Sebelum itu, sejak 1999, PKR menumpang bangunan yang dimiliki oleh Datuk Ravi di Phileo Damansara juga secara percuma. (Kebetulan, Datuk Ravi adalah penama kepada Samy Vellu).

    PKR menafikan ini. Saifuddin Nasution, Setiausaha agung PKR memberitahu media bahawa PKR membayar sewa. Tetapi saifuddin sendiri tidak tahu siapa pemilik bangunan tersebut dan berapa sewa yang dibayar.

    Bendahari PKR, William Leong, enggan memberi komen PKR menyewa dari siapa. William Leong menabah bahawa PKR menyewa dengan bayaran RM20,000 sebulan dan sewa dibayar dengan tepat. Walaubagaimanapun, laporan menyebut bahawa PKR tidak pernah membayar sewa sejak november 2008, yang menyebabkan tunggakan berjumlah RM600,000.

    Kalau ini benar, maka jumlah sewa yang tidak dibayar sejak mula mungkin mencecah RM1 juta.

    Terdapat spekulasi yang menyebut bahawa John Soh mungkin akan menuntut jumlah sewa yang berjumlah RM1 juta ringgit itu. Dia telah membelanjakan diantara RM20-30 juta untuk membiayai Anwar. dan kemudian PKR sejak 1998. Sama ada Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dan Anwar menjadi Perdana Menteri…ataupun semua duit tersbut akan hanyut kedalam longkang, bukan lah tugas kita menentukannya.

    Anwar perlu mencari sekurang-kurangnya RM600 juta (berbanding BN RM1.5 billion) untuk pilihanraya akan datang kalau benar-benar mahu menyaksikan pertukaran pemerintah. Kalau tidak, kita akan melihat Barisan Nasional terus memegang kuasa untuk jangkawaktu yang lama. adakah Anwar akan bersatu kembali dengan John Soh…ataupun perpisahan ini muktamad?

    Pas dan DAP tak ada masalah. Mereka boleh menggerakkan jentera dengan belanja yang minima. Malah, mereka telahpun membuktikannya sejak lebih setengah abad yang lalu. Tetapi PKR tak boleh. PKr memrlukan duit untuk menggerakkan jentera pilihanraya (pada dasarnya, budaya Umno). Tanpa RM600 juta, PKR tenggelam dan Pas dan DAP akan muncul sebagai taiko dalam PRU akan datang denagn jumlah kerusi yang tinggi. PKR akan menjadi parti yang terkecil didalam Pakatan Rakyat dan kemungkinan tidak layak untuk menuntut jawatan Ketua Pembangkang. Perdana Menteri jauh sekali.

    Diakhirnya, Melayu bermain politik…tapi tidaka kan dapat bergerak tanpa duit Cina. Seperti yang saya katakan, lihatlah siapa orang Cina dibelakang setiap ahli politik Melayu. Dua-dua pihak sama saja. Itulah kisah hidup Umno, Semangat 46 dan sekarang PKR. Nasib baik PAs mempunyai ahli-ahli yang berjuang untuk Islam dan bersedia melakukan kerja-kerja Tuhan secara percuma.Dengan nama allah..mereka tidak memerlukan duit. Malah, penyokongnya pula memberikan duit..sesuatu yang PKR hanya berharap tapi tidak berlaku.

    Soalan yang bernila 100 juta sekarang ialah: Apakah kaki PKR sudah terpotong? Jawapan kepada soalan tersebut akan terbongkar sekitar waktu makan malam pada hari Mengundi PRU 13 nanti. Bersedialah. Warna biru PKR mungkin bertukar kepada biru BN.

    (Terjemahan bebas MSK dari artikel asal EPISODE 8: The man behind PKR (Part 2) di Malaysia Today)

  • Calon wakil rakyat Perak

    February 13, 2012


    Setakat ini, semua parti dalam Pakatan masih belum mahu menamakan calon masing-masing. Mungkin PAS nampak lebih bersedia sebab bakal calon depa dah mula tunjuk muka..tapi calon PKR masih bercelaru.

    Dalam setiap pilihanraya, calon-calon ditentukan oleh parti…bukan oleh rakyat. Ini yang selalu aku sebut..pasai apa rakyat tak ada hak untuk pilih calon depa? Bila tiba pilihanraya..kita disogokkan oleh parti-parti yang bertanding. “Inilah calon hangpa”. Pirrrah!!

    Itu dulu. Sekarang..aku jugak mahukan penglibatan untuk menentukan sapa yang nak jadi calon dan seterusnya menjadi pemimpin kerajaan negeri Perak nanti.

    Dalam posting yang lepas..aku dah bagi pendapat aku bahawa Nizar perlu di promosikan sebagai Menteri Besar Perak kalau Pakatan menang nanti. Ini perlu diputuskan sebelum pilihanraya. Dan selepas pilihanraya, janji ini perlu ditunaikan..walaupun DAP dapat lebih kerusi…walaupun PKR dapat lebih kerusi.

    DAP dah setuju dengan Nizar sebagai MB..tapi PKR belum bersetuju. Tak mengapa…tapi PKR kena tunjukkan siapa calon MB depa. Dan kemudian kita semua nilaikan dan buat poll. Kalau calon MB dari PKR mendapat undi tinggi..kita terima.

    Mungkin hangpa akan cakap..”Hoi Mat..hang ni sokong parti mana?”

    Aku tak peduli dari parti mana. Pas ka..PKR ka..DAP ka..mampuih pi la. Kita nak pilih wakil rakyat…bukan wakil parti. Kalau nak pilih sapa Ketua Pemuda Pas atau sapa YDP Pas…betui aku tak ada hak. tapi kalau nak pilih wakil rakyat..aku ada hak sebab aku pengundi.

    Ada orang kata..kalau kita heboh sapa nak jadi calon sekarang..takut nanti Umno sabotaj. Takut nanti kena beli.

    Kalau itu alasannya..jangan jadi calon langsung. Kalau kita takut calon tu kena beli…apakah kita tak takut dia kena beli lepas menang nanti?Lebih baik dia kena beli sebelum pilihanraya..daripada dia kena beli selepas pilihanraya. Dan kalau parti pun takut calonnya kena beli..hangpa ingat aku nak percaya kalau dia dicalonkan disaat akhir?

    Hari ini aku nak bubuh nama-nama calon yang aku mau. Bukan yang parti mau. Aku tak kisah sama ada PAS mau atau tidak. Aku tak peduli sama ada PKR mau atau tidak… tapi ini yang aku mau.

    Aku mulakan dengan calon-calon Pas…sebab calon Pas ni senang sikit.Dan aku nak mulakan dengan calon muda. Dah tak ada calon muda..baru aku pergi calon yang tua sikit.

    Dari kiri: Mat Sabu, Hafeez, Ku Is.

    Selepas Nizar…orang yang aku harapkan untuk dilonjakkan keatas ialah Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri..Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss. Orang Kuala panggil dia Ku Is.

    Pasai apa aku letak Ku Is diatas sekali?

    Sekiranya Nizar ditolak ataupun tidak diterima oleh Sultan..Ku Is adalah orang yang paling layak untuk berdepan dengan Sultan. Orang Umno tak boleh kata Pakatan derhaka kat sultan..atau cuba biadap kat raja. Ku Is punlayak duduk istana kalau masyarakat feudal Melayu masih mahukan feudal lord.

    Advantage disini ialah..Ku Is boleh duduk semeja..makan setalam. Ku Is juga boleh masuk Istana Iskandariah dan boleh terjun Sungai Perak. Nak cakap pasai raja-raja..Ku Is boleh cakap. Nak cakap pasai ugama pun boleh. Nak cakap pasai akademik pun boleh. Jangan terlepas pandang…dipangkal namanya ialah “Dr.”. Bukan macam “dR” yang diperolehi oleh Rosmah Mansor.

    Tinggal lagi..Ku Is kena cakap isu-isu yang lebih intelektual dan universal. Ku Is kena keluar dari imej Tantawi… asyik-asyik tentang konsert dan Valentine’s Day. Sekarang ini…imej Ku Is masih lagi sebagai pemimpin Pas…bukan pemimpin rentas parti. Ku Is kena bawa lebih banyak isu rakyat yang lebih serius… bukan setakat isu moral. Bukan aku nak kata isu moral itu tak penting..tapi isu itu sudah dijaguhi oleh Tantawi.Ku Is perlu menjaguhi sesuatu isu.

    Kira-kira dua tahun lalu, masa berdiskusi dengan beberapa orang member..aku ditanya oleh seorang tukang komen dalam Malaysiatimes ini..Dawai Kokot. Dawai kokot bertanya aku “siapakah pemimpin muda Pas yang boleh kita harapkan?’. Perlu aku sebutkan..semua yang ada dalam diskusi tersbut adalah anak muda radikal. Aku sorang saja yang dah tua. Lagi sorang ialah Prioryofjenin. Kalau baca balik komen-komen depa dalam Malaysiatimes..boleh membuatkan jiwa kacau.

    Masa tu aku jawab..”Muhaimin Sulam.” Semua yang ada dalam diskusi tersebut tak kenal sapa Muhaimin Sulam.Ni gambar dia dengan Pyanhabib. (Aku bukan nak promo Pyanhabib jadi calon Changkat Jering aaa!! Tapi Ustaz Derih patut ambik Pyan jadi ayam sabung. Kalau suruh Pyan kempen kat Changkat Iboi..gerenti penuh markas. Bapa sedara dengan anak sedara baca puisi..fuiyo!!)

    Pyanhabib dan Muhaimin Sulam

    Masa tu..Muhaimin tak ada dalam negara kerana melanjutkan pelajaran di UK..tu pasai nama dia tak pernah keluar. Tapi sekarang dah balik dan bergelar..Dr. Muhaimin Sulam.

    Mamat ni memang kool. Walaupun dulu dia pernah sebar risalah disetiap konsert rock..tapi dia tak macam Tantawi..asyik nak haramkan saja. Muhaimin boleh paham jiwa rockers..sebab dia sendiri pun rock. Kalau boleh..aku nak gandingkan dia dengan Mel Wings ataupun ustaz Azhar Idrus…tapi sekarang dia dah puitis sikit. Mungkin sesuai kalau digandingkan dengan Pak Samad Said ataupun Rahmat Haron.

    Sorang lagi anak muda yang Pas patut bagi tempat untuk menjadi calon dalam PRU nanti ialah Hafeez Sabri. (Gambar diatas dengan Mat Sabu.)

    Aku mula-mula perasan anak muda ini semasa dia menjadi moderator dalam satu forum bersama Aziz Bari di Petaling Jaya tahun 2009. Masa tu dia masih belajar di UM dan menjadi pemimpin pelajar disana. Lepas tu aku hambat dia kot-kot aku boleh tarik dia masuk PKR masa tu. Tengok-tengok…Pas dah tarik dia dan terus jadi Pembantu Khas Pesuruhjaya Pas Perak.

    Orang Kuala Kangsar mungkin dah pernah tengok Hafeez ni. Dalam satu ceramah..Husam Musa tak dapat hadir dan Husam meminta Hafeez menggantikan tempatnya. Pada awalnya..memang potong stim. Ada ka tempat Husam digantikan oleh seorang anak muda yang tak tau entah siapa…tapi bila Hafeez dapat mikrofon..dia cakap macam Husam Musa. Ya Bauk yang selalu komen kat sini mungkin boleh bagi pendapat dia tentang Hafeez ni.

    Setakat ini..hanya tiga orang dari Pemuda PAS Perak yang berjaya menarik undi aku. Yang lain masih belum menonjol dan kalau tanya pun aku tak kenal. Dan yang paling tak boleh pakai dengan Matsamankati ni ialah dia tak kenal sapa Ketua Pemuda Pas Perak.

    Siyes beb..gua tak kenal dengan Ketua Pemuda PAS Perak. Kalau jumpa tepi jalan pun..mungkin gua tak tegur.

    Ini problem brader…

    Baik Ketua Pemuda Pas Pusat atau Ketua AMK  Pusat..

    Baik Ketua Pemuda PAS Negeri atau Ketua AMK  Negeri..

    Semuanya poyo…pasai apa?

    Pemuda PAS Perak dan AMK  Perak memerlukan pemuda-pemuda yang kool dan rentas parti. Pemuda perlu menjaguhi sesuatu isu supaya senang kita nampak kaliber atau kepakaran seseorang itu. Sebagai contoh..kalau Pakatan mengambil alih Putrajaya..senang pilih orang untuk menerajui sesuatu bidang. Sekurang-kurangnya, kita dah tau..Mazlan Aliman adalah orang yang paling layak ganti Isa Samad.

    Shamsul Iskandar mungkin layak dilantik untuk menjadi Menteri Hal Ehwal Anwar..kah..kah..kah.

    (Lepas ni aku tolong promo calon muda PKR pulak)…..

  • Pakatan cap Nizar

    February 10, 2012


    Daripada Perakexpress..kemudian UREKA..aku selalu upload cerita-cerita tentang Nizar. Tapi bila masuk Malaysiatimes, aku jarang tulis pasal Nizar walaupun aku selalu ke program dia. Sebab aku ada masalah dengan Nizar.

    Sebelum Nizar jadi MB, aku kenal dia sebagai penceramah PAS. Tapi dia tak kenal aku.

    Semasa dia jadi MB..aku kenal dia..tapi dia tak kenal aku. Bila aku nak jumpa dia kat pejabat Menteri besar..pun tak boleh. Sebab pejabat Menteri Besar dikawal oleh orang Pas. Aku orang PKR..kena jumpa Ustaz Zul. Seolah-olah orang Pas saja yang boleh jumpa Nizar. Kalau nak masuk juga…aku kena kata aku nak jumpa Amran atau Anuar Hashim..baru lepas.

    Pertama kali aku dapat berjumpa dan bersembang dengan Nizar ialah semasa pelancaran Bloggersnetwork bulan November 2008. Lepas tu tak ada chance lagi dah.

    Tapi..sehari sebelum Pakatan Rakyat Perak tumbang, aku dah sampai kerumah Menteri Besar. Dari tarikh tersebut, aku dan member-member Bloggersnetwork berkampung di situ…sampai la PRK bukit Gantang pada April 2009. Dua bulan berkampung dalam bilik kecil belakang rumah Menteri Besar.

    Sejak itu aku mendapat bermacam-macam label. Ada yang kata aku jadi pengampu Nizar..ada yang kata aku pembodek Nizar. Malah ada yang kata aku dibela oleh Nizar. Perakexpress ditanggung oleh Nizar.

    Bila dapat label macam tu..aku dah tak boleh tulis pasal Nizar. Kalau aku tulis yang baik..orang kata aku mengampu. Kalau aku kutuk Nizar..orang kata aku tak sedar diri. Pengkhianat..lari dari perjuangan.

    Orang tak baca apa yang aku tulis..tapi orang tengok sapa yang tulis. Kalau bagus..mengampu. Kalau tak bagus…pengkhianat. So..buat apa aku tulis?

    Kemana-mana aku pergi..orang akan tanya. Pilihanraya ni macam mana? Pakatan boleh menang ka?

    Aku tanya balik…”macam mana hangpa nak menang?”

    Macam-macam la jawapan yang aku dapat. Tapi jawapan aku satu saja. “Kena jual Nizar.” Kalau pakatan nak menang..kena jual Nizar. Itu saja produk yang masih laku untuk dijual kalau Pakatan nak undi.

    Orang PKR marah kat aku…sebab aku orang PKR..tapi pi sokong Nizar dari Pas. Orang Pas juga marah kat aku sebab Nizar tidak membawa imej Pas. Malah dalam pemilihan Naib Presiden Pas yang lalu..Nizar dapat tempat tercorot. Orang Pas Perak pun tak mau Nizar jadi Naib Presiden Pas.

    Bagi aku, kalau Pakatan nak menang di Perak..Nizar perlu dijual sebagai “bakal MB Perak”. Fuhhh…mesti ada orang kata..”berapa Nizar bayar aku?”

    Tak kisah la kalau sultan tak berkenan kat Nizar. Tak kisah la kalau orang PKR pun nak jadi MB. Itu belakang cerita. Tapi aku berani jamin..kalau tidak diputuskan sapa yang akan jadi MB kalau Pakatan menang..Pakatan tak akan menang.

    Aku tak nampak sapa-sapa dalam PKR Perak yang layak jadi MB. DAP dah cakap siang-siang depa mau Nizar jadi MB. Kalau turun kebawah jumpa orang-orang di jalan..dikedai kopi..majoriti mahukan Nizar jadi MB. Baru sekarang aku nampak orang PAs Perak buka mata. Baru sekarang nak cakap “Brand Nizar”. Tapi…alhamdulillah. Senang kerja aku sebab tak payah nak promote Nizar lagi. Dalam Free Malaysia Today pun dah ada cerita “Pas banking “Brand Nizar” to retake Perak.”

    Kalau aku kata..” Nizar ada kemampuan bukan saja jadi MB Perak..tapi kalau nak jadi Perdana Menteri pun boleh”…hangpa tentu senyum sinis. “Eleh…Matsamankati dah mula nak kepit Nizar.”

    Tak payah la. Aku lebih dikenali sebagai tukang kutuk…bukan tukang bodek. Aku suka Nizar jadi MB Perak atau Perdana Menteri sebab senang aku kutuk. Nak kutuk Anwar tak boleh..nanti ada yang katok aku. Nak kutuk Haji Hadi lagi tak boleh..nanti ada orang jatuh hukum. Nak kutuk Nizar yang paling senang..sebab boleh jumpa face to face.

    Tak percaya..hangpa cuba buat. Nizar bukan ada bodyguard..bukan ada protocol. Dan ini yang buat orang suka kat dia. Isham Rais tak sebut tentang Nizar sebelum ini tapi bila dia jumpa Nizar..ini tulisan dia.

    ” inilah kali pertama ku dengan nizar
    mamat ni cool
    aku rasa mamat ini berpotensi untuk jadi PM malaysia
    ini pandangan aku
    ini bukan nak bodek
    dari apa yang aku perhatikan
    dari apa yang aku baca tentang mamat ini
    dia memang cool – kalau mamat ini jadi PM selamat kita semua

    Dan ini pulak respons dari pembaca di Freemalaysiatoday.

    Sekarang…Pas pun dah bersetuju untuk mempromosikan “Brand Nizar”. Tapi dalam keghairahan untuk mempromosikan Nizar…tolong jangan buat silap.

    Jangan buat macam mana PKR buat untuk mempromosikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Aku pissed off habih.

    Jangan la dok heboh setiap ceramah..” Selamat Datang bakal Menteri Besar Perak…Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Haji Muhamad Nizar bin Jamaludin yang diiringi oleh pasukan kompang dari Gelung Pepuyu.”

    Please la.  Aku cukup meluat bila seseorang itu disambut macam raja. Siap dengan tabla dan serunai..kemudian pasukan silat..ada pulak tarian singa. Fakap la.

    Kita nak pi jumpa pun tak dapat..sebab bodyguard ramai sangat. Lepas tu terus kemeja VIP..kita nak ambik gambar pun kena tolak.  Please brader, please. Jangan buat macam tu. Buat macam Ahmadbinejad. Relax je bro.

    Pas dah setuju untuk gunakan “Cap Nizar”. Tapi aku nak tanya..sama ada dah buat market research ka belum? Dah study customer’s perception ka belum? Bukan pasai apa..takut nanti barang bagus..tapi promo macam hampas.

    Orang macam aku melihat sesuatu tak sama macam yang hangpa tengok. Hangpa mungkin ingat dengan meletakkan Nizar diatas pentas VIP, duduk di meja VIP , hangpa ingat orang suka?

    Bagi aku…Nizar lebih berharga kalau aku jumpa dia beli petai kat pekan Sauk, tanpa gerombolan yang mengiringi dia dengan memakai baju dan membawa bendera Pas. Aku akan lebih terkesima kalau Nizar tepuk belakang aku ketika aku tengah beli minyak atar di ceramah Pas..daripada dia melambai tangan dari pentas ceramah.

    Nizar “like” Rahmat Haron

    Member-member aku dah cakap nak undi Nizar…bukan pasai Nizar duduk dikerusi empuk bersebalahan dengan Anwar Ibrahim…tapi pasai dia cool dengan Rahmat Haron.

    Aku tak akan beli produk “Nizar” kalau imejnya macam Christian Dior yang hanya diperolehi ditempat eksklusif. Aku lebih suka beli produk “Nizar”, kalau ianya boleh diperolehi digerai bundle.

  • Skandal Pasir Di Selangor

    Skandal Pasir Di Selangor

    February 9, 2012


    Oleh: Raja Petra Kamaruddin

    Kisah ini melibatkan Mat Suhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda dan Amirudin Shari, ADUN Batu Caves.

    Pada 23 Mei 2009, sekitar jam 5 petang, satu mesyuarat telah diadakan diantara Kontraktor Pasir (selepas ini dipanggil KP) dan Mat Suhaimi Shafei di Sunway Hotel di Seberang Perai. Tujuan mesyuarat ini ialah untuk membincangkan pengorekan pasir di Selangor.

    Mat Suhaimi meminta KP menyerahkan permohonan untuk mengorek pasir kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd dengan satu salinan kepadanya (Mat Suhaimi). Kumpulan Semesta Sdn bhd merupakan syarikat milik kerajaan Negeri Selangor yang terlibat dalam mengorek dan menjual pasir di Selangor.

    Pada 2 Julai 2009, sekitar tengahari, satu mesyuarat dilakukan di pejabat Mat Suhaimi dimana dia mengarahkan KP untuk menyertakan sebuah syarikat bernama Double Dignity (M) Sdn Bhd (No. syarikat 308078W)

    Pengarah-pengarah syarikat ini ialah:

    1. Adnan Bin Abd Mokhtar (IC number 691119-10-5105)

    2. Siti Rosmaliza Binti Meo Rasli (IC number 751115-08-5026)

    3. Marzaniyah Binti Arshad (IC number 721127-08-5444)

    4. Mat Suhaimi Bin Shafiei (IC number 680227-08-5275)

    5. Amirudin Bin Shari (IC number 800208-01-6059)

    Elaun Pengarah untuk Mat Suhaimi and Amirudin yang dipersetujui ialah  RM5,000 sebulan.

    Pada 18 Januari 2010, Double Dignity (M) Sdn Bhd, menghantar permohonan untuk mengorek pasir di Dengkil (Sepang, Selangor), seluas 45 ekar. (lihat suratnya dibawah)

    Satu perkara yang penting ialah kedua-dua Mat Suhaimi dan Amirudin didaftarkan sebagai Pengarah syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd pada hari yang sama, 18 Januari 2010. Ini bukan satu kebetulan. (Lihat borang 49 dari Pendaftar Syarikat dibawah)

    Walaubagaimanapun, sebelum itu, mari kita jejaki apa yang berlaku sebelum 18 Januari 2010.

    Pada 15 Ogos 2009, sekitar jam 100 malam, Mat Suhaimi menghubungi KP dan meminta RM3,ooo wang tunai untuk tabung kempen. Pada jam 2.30 petang keesokannya, KP menemui Mat Suhaimi dipejabatnya untuk menyerahkan wang tunai tersebut.

    Pada sekitar jam 10.30 pagi, 25 Ogos 2009, KP menyerahkan RM2,000 wang tunai kepada Mat Suhaimi. Mesyuarat diadakan dibilik 1514, Pearl View Hotel di Seberang Perai, Pulau Pinang.

    Pada 9 September 2009, Mat Suhaimi menghubungi KP dan meminta RM35,000 sebagai “perbelanjaan Ramadhan”. Malam berikutnya, sekitar 11.25 malam, mereka berjumpa di Restoran Nasi Kandar di USJ12 dimana KP menyerahkan kepada Mat Suhaimi wang tersebut.

    Jelas disebut bahwa semua wang ini adalah pembayaran untuk membantu Double Dignity (M) Sdn Bhd mendapatkan persetujuan dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd atas permohonan untuk mengorek pasir di Selangor. Mat Suhaimi memberitahu KP bahawa mereka perlu membayar orang-orang tertentu didalam Kumpulan Semesta.

    Pada 16 September, Mat Suhaimi menghubungi KP dan memberitahunya bahawa dia mahu mengadakan majlis berbukan puasa. Mat Suhaimi meminta KP untuk menganjurkannya, dan sudah tentunya menanggung kos tersebut. Mat Suhaimi juga meminta KP sebanyak RM5,000 sebagai elaun Pengarahnya.

    Pada 17 September 2009, satu majlis berbuka puasa diadakan di sebuah Coffehouse di Hotel Legend di Kuala Lumpur. Pada malam yang sama, sekitar jam 8.45 malam, KP membayar kepada Mat Suhaimi dan Amirudin Shari elaun Pengarah sebanyak RM5,000 seorang.

    Beberapa hari kemudian, Mat Suhaimi menghubungi KP dan meminta RM10,000 untuk membayar kos “jamuan Hari Raya”. Pada 30 September 2009, KP menemui Mat Suhaimi di Jaya Jusco di Kelang dan menyerahkan wang tersebut.

    Pada 5 Januari 2010, Mat Suhaimi menghubungi KP dan meminta RM5,000. Kali ini, jumlah tersebut tidak dibayar secara tunai seperti sebelumnya tetapi dimasukkan terus kedalam akaun syarikat A&L Norash Enterprise (no akaun 100070023904) di Affin bank di Kelang. Transaksi ini dibuat pada 11 Januari 2010. (Lihat dibawah).

    Norash Enterprise adalah syarikat yang dimiliki oleh Ashmali bin Osman dan isterinya Norlela binti Ahmad, kawan rapat Mat Suhaimi.

    RM10,000 dikeluarkan secara tunai, RM12,500 dibayar kepada Farahsyamsyawati bt Sulaiman (Banker’s cheque: 0070210000117) dan RM27,500 dibayar kepada Smart Renovators Sdn bhd. (chek no 00702100000118) atas arahan Mat Suhaimi.

    Berikut adalah perbualan telefon yang dirakamkan diantara Mat Suhaimi (no telefon 019-6185239) dan KP (no telefon 019-3958888) pada 6 Januari 2010.

    SC: …itulah…pasal yang YB mintak 50 ribu nak ape…nak pakai 50 ribu boleh takde masalah…dalam minggu depan boleh?

    Mat Suhaimi: Dalam minggu depan ye…

    SC: Pasal saya nak setelkan akaun sikit…

    Mat Suhaimi: Okay…

    SC: Lepas tu takde masalah lah…

    Mat Suhaimi: okay, okay, okay, hari Isnin boleh?

    SC: Hari Isnin boleh…lagi satu YB…say mintak tolong satu…saya di Batang Kali ada tanah…geran…nak keluar pasir…pasir banyak lagi tu…

    Mat Suhaimi: Berapa besar tanah tu?

    SC: Dia 100 lebih ekar…

    Mat Suhaimi: Nanti saya bincang dengan Azmin….tapi kena bayarlah…Azmin sedang collect duit untuk pilehanraya…

    SC: ah, okay, okay…nanti kita bincang.

    Pada 11 Januari 2010, KP menelefon Mat suhaimi dan perbualan tersebut adalah seperti berikut.

    SC: Konfirm ye nombor ini?….Affin Bank ni?…

    Mat Suhaimi: Confirm, confirm, confirm…

    SC: Ni company…company siapa ni YB?

    Mat Suhaimi: Ini….company…yang supply….yang buat event….

    SC: okay, okay, okay, okay…confirm ye boleh masuk ye?

    Mat Suhaimi: Ya, ya…

    SC: Takut lah…nanti tak sampai kepada YB…

    Mat Suhaimi: Jangan risau…okay…

    SC: Nanti kalau boleh saya contact YB lah…so ini saya masukkan 50 ribu dalam akaun ini…confirm ye…

    Mat Suhaimi: ha, okay, okay…yang Amir punya ada dengan Amir…

    Dan berita tersebut tiba-tiba meletup. (Lihat laporan Bernama dibawah). Walaubagaimanapun, SPRM seolah-olah tidak dapat melakukan penyiasatan dan selepas dua tahun, kes ini masih lagi “dalam siasatan”. Malaysia Today mempunyai semua bukti, termasuk rakaman perbualan telefon, tetapi SPRM seolah-olah tidak mampu meneruskan siasatan.

    Mengapa? Apakah SPRM sudah membuat perjanjian dengan Mat Suhaimi dan Amirudin, seperti yang mereka lakukan terhadap dua ADUN PKR di Perak (Jamaludin dan Osman Jailu) yang mana ditangkap dan kemudian melompat keluar dari PKR untuk mengelak dari dipenjara? (http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/1/nation/3172334&sec=nation)

    Saya rasa, adalah lebih baik untuk menyimpan dua ADUN ini dan menjadikan mereka Trojan Horse didalam Pakatan Rakyat Selangor. Trojan Horse jauh lebih berharga dari seseorang yang dipenjarakan.

    Perkara yang sama juga berlaku di Perak. dan inilah yang menjadi sebab kejatuhan Pakatan di Perak apabila dua ADUN PKR ditangkap ketika melakukan kesalahan dan kemudiannya dipujuk untuk melompat. Sekali lagi, kita mempunyai dua ADUN di Selangor yang ditangkap secara jelas melakukan kesalahan yang sama.

    Tapi..Pakatan Rakyat mempunyai lebih banyak kerusi berbanding Perak. Jadi, kalaupun dua ADUN ini melompat, ianya masih belum membolehkan Umno merampas Selangor. Lebih baik membiarkan mereka, tetapi diikat, dan memaksa mereka seperti anai-anai..mengunyah dari dalam dan melakukan sebanyak kerosakan yang mungkin.

    Saya masih ingat apabila Sultan Selangor berkata bahawa dia boleh bekerja dengan sesiapa saja asalkan negeri Selangor diuruskan dengan baik dan bebas dari rasuah. Baginda Sultan juga berkata bahawa dia tidak akan bertolak ansur dengan rasuah dan mahukan mereka yang terlibat didedahkan.

    Tuanku!! sebagai rakyat yang setia dan salah seorang kerabat diraja Selangor, saya melakukan apa yang dititah, mendedahkan rasuah..tidak kira parti politik mana yang melakukannya.

    Dan bagi mereka yang akan berkata “Mengapa sekarang?”..saya nak tanya “Bila?”. Kalau didedahkan selepas Hari Pencalonan dan sebelum Hari Mengundi, masa tu dah terlambat. Umno sudah tentu akan menggunakan isu ini. Sekurang-kurangnya, sekarang..Pakatan Rakyat masih mampu melakukan sesuatu tentang ini dan meyakinkan pengundi bahawa ia mengurus negeri dengan bersih dan telus. Apakah Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor secara tidak bersih dan tidak telus?

    Apa pun, tunggu beberapa pendedahan lagi tentang kebobrokan yang berlaku di Selangor. Ada banyak lagi yang akan didedahkan…dan ini hanya permulaan.

    —————————————————–

    MACC still investigating Selangor sand-mining scandal: Nazri

    (Bernama, 24 June 2010) — The Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) will continue investigations into the alleged graft in the Selangor sand-mining scandal against state sand-mining concession Kumpulan Semesta Sdn Bhd, the Dewan Rakyat was told today.

    Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said MACC would investigate the allegations thoroughly and not leave any stones unturned during the course of investigations.

    “Once investigations are completed, the investigation papers will be handed over to the Deputy Public Prosecutor,” he told Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) in a written reply at the Dewan Rakyat here today.

    Wee had wanted to know whether any action had been taken or would be taken by MACC over a report made by Kapar Member of Parliament S. Manikavasagam (PKR) with regard to the alleged sand-mining graft involving Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

    Mohamed Nazri said MACC had already taken action on illegal sand-mining syndicates in a number of states, including Selangor.

    “So far, 42 offenders have been detained and 22 cases have been filed in court,” he said.

    (Terjemahan bebas oleh MSK dari artikel asal The Selangor sand-mining scandal dalam Malaysia Today)

  • Pembunuhan Dato’ Patrick Wong

    Pembunuhan Dato’ Patrick Wong

    February 9, 2012


    Oleh: Raja Petra Kamarudin

    Keseluruhan episod ini bermula dalam bulan Oktober 2009. Dato’ Patrick Wong dan isterinya melakukan lawatan ke UK dan melawat England dan Scotland. Mereka menghabiskan masa bersama saya dan isteri dimana kami bersembang sedikit sebanyak tentang keadaan di Malaysia dan kami juga risau tentang keadaan di Selangor

    Salah satu isu yang dibawa oleh Dato’ Patrick Wong ialah berkenaan skandal mengorek pasir di Selangor.. Industri pasir ini sangat lumayan dan merupakan punca kewangan kerajaan BN terdahulu. Walaubagaimanapun, Pakatan Rakyat Selangor tidak menghentikan skandal yang dilakaukan oleh Umno dulu…sebaliknya terdapat orang-orang Pakatan Rakyat (khususnya dari PKR) yang mengambil alih sindiket mengorek pasir ini.

    Saya, sebenarnya, mendengar cerita ini dah lama, ketika saya masih lagi di Malaysia (Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim tahu perkara ini). Tapi saya memerlukan bukti kukuh, itu yang saya beritahu Dato Patrick. saya tak boleh mendedahkan sesuatu hanya berdasarkan cakap-cakap kedai kopi (walaupun ramai yang berfikir begitu). Saya perlukan bukti yang nyata.

    Sama ada saya simpan bukti itu – untuk meyakinkan saya bahawa cerita itu sah – ataupun saya menyiarkan bukti tersebut secara umum..itu lain cerita. Kadang-kadang, saya tak siarkan bukti tapi hanya menyimpannya dan hanya akan menyiarkannya sekiranya saya dicabar.

    Sama amcam main poker. Kalau ingat saya tak ada apa-apa..tambah lagi la wang pertaruhan!! Letak duit dulu..kemudian cabar saya. Saya boleh pastikan kamu semua akan kalah sebab saya tak akan berlawan kalau saya tak ada senjata.

    Dato’ Patrick bersetuju menjadi pemberimaklumat dan berusaha untuk mendapatkan bukti untuk saya. Sebaik saja dia kembali ke Malaysia, dia berjanji kepada saya, dia akan mengumpulkan semua bukti dan menyerahkan kepada saya. Dia meminta sebulan dan kemungkinan di akhir November, saya sepatutnya mempunyai sebanyak mungkin penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang terlibat dalam sindiket mengorek pasir.

    Malangnya, perkara itu tidak berlaku. beberapa minggu kemudian, Dato’ Wong dibunuh. Keluarganya (dan semua rakan-rakanya termasuk saya) percaya bahawa ia adalah satu pembunuhan yang dilakukan oleh pembunuh upahan. Pihak polis mengatakan ia adalah satu rompakan. Bukti perubatan menunjukkan Dato Wong di jerut dileher dan dipukul sehingga mati. (dia pengsan seketika sebelum mati). Polis menyifatkan kematian itu satu kemalangan apabila dia jatuh dari anjung rumahnya ketika cuba lari menyelamatkan diri dari perompak.

    Apabila saya menerima panggilan telefon memberitahu saya Dato Patrick telah amti, saya menelefon seorang ejen saya didalam pasukan polis dan juga dikalangan kongsi gelap. Pemeberi maklumat saya mengesahkan bahawa pembunuhan Dato PArick dilakukan oleh pembunuh upahan. Ia bukan rompakan; ia adalah pembunuhan yang berkait dengan perniagaan.

    Saya percaya kepada pemberi maklumat saya didalam pasukan polis lebih dari saya percaya kepada kerajaan. Dan kalau mereka mengatakan Dato Patrick dibunuh oleh pembunuh upahan, saya percaya. Saya tidak percaya ianya satu rompakan ataupun kematian Dato Patrick berlaku secara tidak sengaja dimana dia dikatakan terjatuh dari anjung rumahnya.

    Ianya mengambil masa selama tiga tahun untuk mengetahui kebenaran. Tapi saya memang degil. Seorang rakan baik saya dibunuh dan saya mahukan sebab mengapa dia dibunuh. Dan sekarang, selepas hampir tiga tahun, saya mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk mendedahkan cerita sebenar disebalik kematian Dato Patrick.

    Dan banyak kepincangan yang berlaku dalam cerita sebenar ini.

    Laporan doktor memberikan sebab-sebab kematian dato Patrick ialah “blunt force trauma to the head with compression of the neck”. Itu laporan doktor . Pemberimaklumat saya memberitahu bahawa Dato Patrick telah di ikat dan dicampakkan dari balkoni rumahnya. Polis mengatakan dia terjatuh ketika cuba melarikan diri. Bagaimana mereka menerangkan tentang kesan jerut dileher kalau dia jatuh secara tidak sengaja dari balkoni rumahnya dan bukan dibunuh?

    YB nurul izzah hadir ketika pengkebumian Dato Patrick. Dan bila balu Dato Patrick pergi berjumpa polis berkaitan dengan pembunuhan suaminya, polis mengatakan Dato Patrick adalah penyokong Pakatan Rakyat (sebab Nurul Izzah hadir ketika pengkebumian). Polis buat tak tau dengan balu Dato Patrick.

    Ini menyebabkan saya rasa marah. Apakah polis tidak berminat untuk meyiasat dengan betul tentang pembunuhan Dato’ Patrick hanya kerana dia seorang penyokong Pakatan Rakyat? Sebenarnya, Dato Patrick bukanlah penyokong Pakatan Rakyat. Dia adalah penyokong Malaysia Today. Sebenarnya, dia juga tidak suka tentang apa yang berlaku di Selangor dibawah kerajaan Pakatan rakyat. Dan itu sebbanya mengapa dia mahukan saya melakukan sesuatu…seperti mendedahkan sindiket mengorek pasir di Selangor.

    Dato APtrick dibunuh oleh tiga orang berbangsa Cina. Polis menahan tiga lelaki: Wee Siong (IC number 621106-04-5867), Kek Kim Ling (IC number 610809-10-5885) and Lee Thai Kean (IC number 800925-09-5087).

    Seorang daripada mereka didakwa manakala dua lagi dibebaskan kerana “kekurangan bukti”. Siasatan polis mendedahkan bahawa dua orang lagi terlibat: seorang bernama Robert dan seorang lagi bernama Pei Yau. Kedua-dua mereka ini tidak ditangkap kerana mereka “tidak dapat dikesan”. Menurut polis, Robert adalah bos sebuah kongsi gelap yang terlibat dalam sindiket perjudian. Polis tahu siapa dia..tapi tidak dapat mengesan mereka.

    Sekarang kita tahu mengapa Robert tidak dapat dikesan. Cuba teka siapa ketua sindiket perjudian haram? Tak ada hadiah untuk pemenang. Tips: Namanya sama macam nama Nabi Musa.

    Hello..IGP…apa yang berlaku ini? Bagaimana Raja Petra boleh tau tentang pembunuhan Dato Patrick lebih banyak dari yang diketahui oleh keseluruhan pasukan Polis? Ataupun ada sesuatu yang cuba disembunyikan? Apa yang Pengarah CID, Bakri Zinin buat? Terlalu sibuk memukul tahanan sehinggakan terlupa dengan kes pembunuhan ini?

    Taka da apa yang boleh dilakukan untuk Dato Patrick. Dia dah amti dan pembunuhnya lepas bebas. Kecualai seorang lelaki..yang dijadikan kambing hitam yang didakwa melakukan rompakan dan orang ini juga akan bebas secara senyap..apabila tak ada siapa yang peduli tentang kes ini nanti.

    Tapi ini bukan rompakan. Ia dilakukan oleh pembunuh upahan. Dan walaupun saya tidak akan dapat memastikan polis akan melakukan sesuatu, sekurang-kurangnya saya melakukan sesuatu untuk Dato Patrick  dengan mendedahkan sindiket mengorek pasir di Selangor.

    Saya tidak tahu sama ada Dato Patrick benar-benar dibunuh kerana dia sudah hampir untuk mendapatkan keseluruhan cerita tentang apa yang berlaku, dan saya juga tidak tahu sama ada kematiannya berkaitan dengan sindiket mengorek pasir. Tapi saya adalah orang yang selalu mempunyai prasangka. Dato Patrick dibunuh (dan polis menutup kes ini), ketika dia sedang cuba mendapatkan maklumat untuk saya menjadikan saya berfikir bahawa satu jumlah wang yang banyak digunakan untuk memastikan pembunuhan ini dilihat sebagai satu rompakan.

    Dalam episod seterusnya, saya akan mendedahkan secara terperinci tentang sindiket pasir di Selangor berserta dengan nama-nama dan bukti pembayaran yang dibuat kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat .Tunggu.

    Dalam pada itu, saya diberi amaran supaya tidak menyiarkan pendedahan ini kerana Ketua kepada mereka yang membunuh Dato Patrick adalah seorang yang sangat berpengaruh yang menguasai polis. Saya juga diberi amaran bahawa kongsi gelap terlibat dalam sindiket kongsi gelap sehinggakan pegawai Majlis Perbandaran juga takut kepada mereka kerana kongsi gelap ini mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan negeri Selangor.

    Saya katakan begini: Kalau apa yang berlaku kepada Dato Patrick berlaku kepada saya, maka ia akan mengesahkan apa yang saya katakan diatas. Kalau nak cari saya, saya ada di Manchester.

    (Terjemahan bebas oleh MSK dari artikel asal EPISODE 2: The murder of a whistleblower)

  • “Hindus To Trust The Government! What Is The PM Talking About?”

    “Hindus To Trust The Government! What Is The PM Talking About?”

    February 6, 2012


    What is the Prime Minister Najib Tun Razak talking about? The PM stated in Malaysia Kini that he wanted  the Hindus to trust the Government! Does the PM knows what is he talking about? In the very first place, he should not use the term “Hindus” when making such a statement in the press. The word “Hindus” sound rather rude to the Indians. Why don’t the PM just say that he wants the Indians to put their Trust in the government? The PM wants the “Hindus” its the PM’s term not mine to have  “nambekei” in the Government!What “nambekei” is the Premier talking about? For the past 54 years we have been betrayed and deprived of our rights as a citizen of this country Malaysia. Are we treated equally and given the same rights in everything and also the quota system fairly given to our “Hindu” children? Why is it that there are only Primary Tamil Schools and there are no Tamil secondary High Schools? Why can’t we have Tamil Secondary High Schools? Are not our Tamil trained teachers qualified enough to teach in Tamil Secondary Schools? Why isn’t license given for us Indians to have our own Tamil Secondary High Schools? The government cannot even give us land to build schools! We have very limited Tamil schools. Why the sudden plea now for the “Hindus” to put their trust in the government?

    The Prime Minister wants the “Hindus” to put their trust or “nambekei” on the government on what assurance? The Premier has not taken any action on those who caused sensitive issues regarding the “cow heads?” Knowing that the “Hindus” accept the cow as something holy in their religion, the PM did not ever care a damn over the issue! Why? How does the PM wants the “Hindus” to put their trust in the government? The UMNO/BN played with the sentiments of the “Hindu” people causing hurt within them! Where were you at that time PM Najib Tun Razak? You let your government to insult these people who you term as “hindus” and now you want them to place their trust in your goverment? On what grounds I wonder the Premier is asking the “hindus” to put their trust in the government? For 54 years, Yes, we did put our trust in the government but no longer will we be treated and humiliated in this way! Enough is Enough!

    People have already lost their trust and hope in the government.There are still so many “hindus” still living in total poverty! Does the PM care for them? What trust is the PM talking about? What action has the PM taken against those who caused racial issues among the people and students? There are “Hindu” children too who are non-bumis who are not allowed to study in UITM? What is the PM going to do about this? So many things and incidents have taken place but the PM and his government just mum over the matter! Dear friends, do take a look at the photos and then you decide where you want to cast your VOTE! Remember that Your Vote Is Your Voice! You can bring the change you want to by Voting wisely in the next 13GE!

    “TAMILAN ENDRE SOLEDA TALAI NEMERINTU NILEDA”

    God Bless Malaysia

    Saya Anak Bangsa Malaysia

    Jasmine.C

  • Siapa Kuasa Ketiga? (1)

    January 31, 2012


    Oleh: MSK

    Susah nak jawab soalan diatas sebab masing-masing boleh memberikan definisi yang pelbagai…mengikut tajuk apa yang dibincangkan. Kalau google Third  Force..kebanyakan yang keluar ialah Third Force mengikut falsafah saikologi. Third Force diilhamkan oleh Abraham Maslow dan dipopularkan oleh beberapa pakar saikologi yang seangkatan dengan nya.

    Dalam  politik juga macam-macam definisi tentang Third Force. Jadi, apa yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah Third Force/Kuasa Ketiga mengikut definisi aku. Sama ada nak bersetuju atau tidak..itu boleh diperbincangkang kemudian.

    Aku nak tulis pasai Kuasa Ketiga ini bila ada sorang blogger Pakatan yang tulis tentang “Kuasa Ketiga suka buat taik”. Senang-senang saja hangpa bagi label kat orang. Kalau nak marah kat Hasan Ali pun..marah la. Tapi yang pi sapu semua orang pasai apa?

    Bagi aku, Kuasa Ketiga bukan perkara baru. Dah ada sejak zaman Tok Adam lagi…tapi aku tak mau la menoleh jauh sangat. Aku gunakan PRU 2004 sebagai timeline.

    Pada 23 April 2004, semua mereka yang berminat dengan politik membuat keputusan Sama ada menyokong BN atau pun Pas, PKR, DAP. Pada hari tersebut, tak ada orang atas pagar lagi dah sebab semua dah buat keputusan. Mereka yang tak mengundi sama ada dah mati tapi nama ada dalam Daftar Pemilih…pengundi yang tak balik mengundi sebab tak ada duit…atau dah memang tak minat nak mengundi.

    Dalam PRU tersebut, BN mendapat 80% undi popular dan menguasai 90% kerusi Parlimen. Siapa yang memenangkan BN? Kalau masa tu ada 10 juta pengundi, ahli-ahli BN hanya setakat 3-4 juta…manakala 3-4 juta lagi adalah orang atas pagar yang membuat keputusan mengundi BN.

    Pasai apa depa undi BN? Pertama pasai tergoda dengan imej Pak Lah dan dalam masa yang sama..Barisan Alternatif asyik berperang sesama sendiri. Aku pun tak harap kat BA masa tu. Macam mana nak memerintah kalau sesama sendiri pun tak boleh nak urus? Dan aku memilih untuk tidak mengundi sebagai protes. Aku suruh orang mengundi…tapi aku sendiri tak mengundi. Aku tak suka BN tapi dalam masa yang sama aku tak harap kat BA.

    Bila selesai PRU 11, baru nampak tembelang Pak Lah. Pak Lah yang disangkakan bersih..tak jugak bersih. Kerajaan BN dibuat macam milik anak menantu. Menantu merompak duit negara, Pak Lah tidoq saja.

    Pada tahun yang sama, Anwar juga dibebaskan. Penyokong BA mula menaruh harapan dengan pembebasan Anwar. Menjelang 2006, jumlah yang menyokong BN dan BA mula berubah.

    Masa tu sokongan terhadap BN merosot dan ramai daripada yang menyokong BN pada tahun 2004 dah mula fed-up. Depa tak mau sokong BN..tapi dalam masa yang sama masih belum yakin dengan BA sebab BA masih bercelaru. Depa duduk tengah-tengah. Orang politik kata Pengundi Atas Pagar (PAP), tapi aku lebih suka memanggil kumpulan ini “Kuasa Ketiga”. Satu kumpulan yang mampu menentukan siapa yang menang dan kalah.

    Aku tak suka menggunakan perkataan PAP sebab PAP mempunyai imej negative. PAP selalu dianggap orang yang tak ada pendirian, tak ada prinsip, tak ada perjuangan….lalang.

    Aku tak setuju..sebab kumpulan ini juga mempunyai prinsip dan pegangan…cuma berbeza dari penyokong totok BN atau BA. (lepas ni kita boleh cakap pasai “prinsip”)

    Kalau hangpa masih ingat, tempoh diantara 2005 dan 2006..kerja aku tukang hentam Pas. Sebab masa tu..Pas, PKR dan DAP tak boleh bertemu muka. Tapi dua minggu sebelum PRK Pengkalan Pasir…Pas dan PKR mengadakan pertemuan buat kali pertama di Port Dickson. Bila dah boleh berjumpa dan berunding..aku pun tak ada alasan pasai apa nak hentam Pas lagi dah.

    Dalam PRK Pengkalan Pasir, Pas kalah dan ini menjadi turning point kepada persepakatan BA. Lepas PRK Pengkalan Pasir, Pas dan PKR dah mula kamcing..tapi diantara Pas dan DAP masih lagi macam anjing dengan kucing.

    Tapi oleh kerana Pas dan DAP tidak perlu berebut kerusi untuk bertanding sebab masing-masing mempunyai kawasan tumpuan berbeza…tak dak la menjadi masalah sangat.

    So..aku pun tukar target kepada Umno. Mahathir pun sama bantu untuk menumbangkan Pak Lah. Menjelang 2007, sokongan kepada Umno/BN semakin merosot tapi tidak juga menunjukkan peningkatan yang bagus untuk BA.

    Sehinggalah masuk 2008, BA+DAP masih belum yakin untuk menang. Masa tu toksah cakap nak bincang sapa nak jadi MB…nak jadi calon pun orang tak mau…takut kalah.

    Bila diumumkan saja PRU 12, semua orang bangkit. “Undi sapa saja..asalkan bukan Umno.”

    Masa tu kita tengok orang Cina bawa bendera Pas. Orang Pas bawa bendera DAP. Orang India bawa bendera PKR. Tak kisah semua itu…asalkan bukan Umno.

    Dan bila tiba hari mengundi…masing-masing terkejut. BA+DAP menang di lima buah negeri. Usaha untuk menyatukan Pas-PKR-DAP bertahun-tahun tak berhasil…tapi bila dah menang..dalam beberapa hari saja, tertubuhlah Pakatan Rakyat.

    Apakah penubuhan PR berdasarkan persamaan ideology, persamaan falsafah politik? Tidak. PR berjaya ditubuhkan berasaskan kuasa. Kalau tak bersatu..Pas-PKR-DAP tak boleh memerintah. Jadi depa kena bersatu kalau nak memerintah. Kuasa menyatukan ketiga-tiga parti.

    Apakah kemenangan PRU 2008 kerana rakyat suka kat PR? Tidak. PR menang sebab rakyat benci kat Umno/BN. Nizar menganggap kemenangan di Perak adalah satu mukjizat Tuhan. Bukan kerana kerja kuat orang parti. Kuasa Ketiga menaruh harapan dengan janji-janji BA+DAP…bukan kerana mereka sudah menerima perjuangan Pas-PKR-DAP. Oranag Cina yang mengundi Pas tak peduli pun apa perjuangan PAS. Orang India yang menyokong PKR pun tak pernah tau apa itu Deklarasi Permatang Pauh.

    BA+DAP menang dilima buah negeri bukan kerana kekuatan penyokong parti tetapi kerana peralihan Kuasa Ketiga. Kalau tahun 2004, mereka menyokong BN..tahun 2008 mereka menyokong BA+DAP.

    PRU kali ini macam mana?

    Kajian terbaru UMCEDEL menunjukkan 42% daripada pengundi akan mengundi berdasarkan calon. Hei…bukan berdasarkan parti! Kalau dalam PRU 12 dulu, perbezaan diantara BN dan PR tidak sampai 10%..kali ini macam mana?

    Apakah PR sudah menyelesaikan masalah calon? Aku tak harap. Dan kalau masalah calon pun tak selesai..macam mana nak yakinkan pengundi?

    Apakah kalau 42% pengundi ini beralih kepada calon Umno…apakah kita nak kata depa ni tak berprinsip..tak ada pegangan..lalang?

    Kuasa Ketiga tak semestinya sokong BN atau PR. Kalau depa sokong BN..tentu ada perkara yang depa tak suka kat PR. Kalau depa sokong PR..tentu ada perkara yang depa tak suka kat BN.

    Dan apakah kalau mereka menyokong BN..maka depa akan dianggap tidak berprinsip.. tiada pegangan..lari dari perjuangan? Tapi kalau depa sokong PR..makan depa akan dianggap berprinsip dan ada pegangan?

    Prinsip apa? Pegangan apa? Perjuangan apa? Yang ni kita sembang esok.

    Sepatutnya sekarang ini..Pakatan dah selesai tentang kerusi dan calon..tapi masih lagi berserabut dengan Anwar, Hasan Ali..Azizan Razak. Sepatutnya kita semua dah halakan sasaran kepada Umno..tapi pemimpin Pakatan pulak buat hal.

    Pemimpin Pakatan yang buat pasal…Kuasa Ketiga pulak yang dikatakan suka buat taik. Sepatutnya sekarang adalah masa untuk menarik Kuasa Ketiga untuk menyokong Pakatan, tapi terbalik pulak…Kuasa Ketiga dianggap musuh pulak!! Apa nak jadi?

    nanti sambung lagi.. Panjang sangat pun hangpa fed-up.

  • Siapa Zambry Kadir? (2)

    January 18, 2012


    Zambry Kadir tau bahawa dia tak akan bertahan lama sebagai Menteri besar Perak. Oleh itu, sementara ada kuasa, dia akan pulun sebanyak mungkin. Projek Vale Teluk Rubiah hanyalah salah satu diantara kerakusan Zambry. Ada banyak lagi.

    Dalam laman web Visit Perak, Royal Teluk Rubiah Country Club dikatakan salah satu tempat yang terbaik di Malaysia. Pasai apa maklumat tentang Royal Teluk Rubiah Country Club ini masih didalam laman web Perak Tourism, menunjukkan “kecekapan” pentadbiran Zambry, sedangkan Teluh Rubiah sudah hampir hancur. (Boleh baca disini)

    Untuk memudahkan pembaca mendapat gambaran tentang kemusnahan Teluk Rubiah, cuba tengok gambaran dibawah.

    Seluas 1025 ekar tanah yang pada asalnya hutan simpan terjual ke syarikat asing dengan harga 196 juta ringgit. Berapa kerajaan negeri dapat? Satu sen pun tak dapat. Apa yang rakyat Manjung dapat? Cuma janji yang belum tertunai. Apa yang kita dapat? apa pun tak dapat..malah kita akan kehilangan satu kawasan pantai yang cukup cantik di Malaysia. Bukan setakat Teluk Rubiah, malah Teluk Batik juga akan menjadi kotor dan tidak dapat digunakan. Sama macam Pantai Bersih di Butterworth ataupun Pantai Gurney Drive di Penang.

    Perhatikan bagaimana dekatnya kawasan industri Vale dengan Teluk Batik.

    Kawasan yang bertanda merah adalah  kawasan kilang dan penyimpanan manakala kawasan yang bertanda kuning sudah dipagar. Hutan-hutan yang terdapat dikawasan tersebut mempunyai pelbagai jenis kayu yang bernilai tinggi, pelbagai flora dan fauna yang menarik pelawat kesitu. Itu sebabnya mengapa Teluk Rubiah menjadi diantara tempat yang tercantik di Malaysia.

    Mengapa kawasan yang cantik dan menjadi daya tarikan pelawat ke Manjung ini di gadaikan? Tak mengapa kalau kerajaan negeri mendapat habuan, tapi kerajaan negeri juga tidak mendapat walau satu sen pun.

    Apabila Vale memulakan projek ini, adakah syarikat tempatan mendapat projek? Tidak. Kontrak rekacipta jeti berjumlah RM675.8 juta telah diberikan kepada Netherlands’ Royal BAM Group.

    Sebuah jeti sepanjang 2 kilometer sedang dibina dan dermaga sepanjang 1.2 km dibina dipenghujung jeti. Kalau tengok pada gambar pertama diatas, jeti tersebut akan menghalang pantai Teluk Batik. Tak ada lagi ombak di Teluk Batik..dan Teluk Batik akan mati dengan sendiri. Dua kilometer jeti dan 1.2 km dermaga yang terentang dihadapan Teluk Batik akan menghancurkan apa saja aktiviti pesisir pantai. Bukan saja Teluk Rubiah sudah tergadai, Teluk Batik juga akan hancur.

    Dan bagaimana dengan dasar Majlis Perbandaran Manjung?

    Manjung adalah bandar pelancungan dan ecotourism. Apabila Teluk Batik hancur, siapa lagi nak datang ke Teluk Batik? Peniaga akan terjejas, nelayan akan terjejas..malah penduduk tempatan yang mengharapkan sumber ekonomi dari pelancungan juga kan terjejas.

    Kawasan Teluk Rubiah diwartakan sebagai kawasan pelancungan tetapi pewartaan itu telah di tarik balik dan ditukar menjadi kawasan industri HANYA untuk projek Vale ini. Something must be wrong!!

    Bagaimana kalau siap nanti?

    Setiap hari, sebanyak 20 kapal pengangkut bijih besi akan masuk dan dua puluh akan keluar. Itu unjuran yang diberikan oleh Vale international. Besar mana kapal tersebut?

    Setiap kapal pengangkut bijih besi Vale berukuran 105 meter panjang dan 70 meter lebar. Lebih panjang dari Eiffel Tower dan lebih lebar dari padang Wembley. Bijih besi yang diangkut dengan setiap kapal ini cukup untuk membuat 4 jambatan Pulau Pinang. Dan oleh kerana kapal tersebut terlalu besar, ia tidak boleh melepasi Terusan Suez ataupun Terusan Panama. Dapat bayangkan?

    Dan untuk memastikan kapal-kapal ini dapat berlabuh di dermaga Teluk Rubiah, kawasan dermaga perlu dikorek. Berapa dalam aku tak pasti tapi apabila kawasan dermaga Teluk Rubiah dikorek, sudah pasti berlaku hakisan pantai di Teluk Batik. Tak sampai setahun, Teluk Batik akan hancur.

    Bukan setakat Teluk Batik, Lumut Outward Bound School (OBS) juga sudah mula menerima kesan. Kawasan hutan yang dulunya digunakan oleh OBS untuk latihan, sekarang sudah menjadi kawasan larangan. OBS hendak berlatih dimana? Tanya kat Zambry…tapi Zambry tidak pernah memperdulikannya.

    Bagaimana dengan penduduk kampung yang dulunya menetap di Teluk Rubiah? Mereka terpaksa berpindah ketempat lain, dengan dijanjikan pelbagai pampasan. Sehingga kini, masih belum dapat walaupun ada yang mengatakan wang pampasan sudah diberikan. Tapi biasa la dengan Umno/BN, duit hilang dalam perjalanan.

    Kawasan Teluk Rubiah bukan saja merupakan kawasan kediaman beberapa keluarga sebelum ini, malah ia juga merupakan kawasan tanah perkuburan orang Islam. Apakah sudah dipindahkan….atau hanya ditolak dengan jentolak? Kita tidak tau sebab kawasan tersebut sudah menjadi kawasan larangan. Zambry bukan saja menjual Teluk Rubiah kepada Vale International, malah menjual tulang rangka nenek moyang penduduk yang terdapat ditanah perkuburan tersebut.

    Sekarang rakyat Perak tak boleh buat apa-apa..hanya menjadi penonton. Teluk Rubiah sudah jadi milik syarikat Brazil. Yang seronok ialah Zambry.

    Gambar diatas menunjukan Zambry sedang merasmikan ibupejabat Vale International. Tapi pasai apa anak-anak Sultan Azlan Shah pun turut sama? Apa hubungan mereka dengan Vale dan Zambry? Apakah Vale International juga menjadi salah satu sebab mengapa runtuhnya Pakatan Rakyat Perak?

    Aku sambung lepas makan.

  • Siapa Zambry Kadir? (1)

    January 17, 2012


    Oleh: MSK

    Aku cuba fokus Pulau Pangkor sebab Pulau Pangkor akan jadi macam Pulau Pinang. Pulau Pinang diperintah oleh BN sejak 50 tahun…dan dalam masa pemerintahan BN, orang Melayu semakin lama semakin pupus. Tapi bila Pakatan perintah Pulau Pinang baru 4 tahun, Umno dah bising mengatakan DAP meminggirkan Melayu Pulau Pinang.

    Jangan lupa, Zambry juga tidak banyak beza dengan Shaikh Hussain Mydin atau Reezal  Merican. Masa depa memerintah, habih orang Melayu dihalau dari Pulau Pinang..tapi bila dah hilang kuasa, orang lain pula dipersalahkan.

    Sebelum aku cerita pasai Pangkor, cuba tengok balik sejarah Pulau Pinang. Tak payah tengok balik zaman Francis Light, imbas kembali sekitar 40 tahun dulu pun cukup.

    Tahun 75, bila selesai peperiksaan LCE, aku hitch-hike dengan member ke Penang. Masa tu hitch-hike memang cool. Sampai Penang, boleh tidor kat tepi pantai. Masa tu, pantai Gurney Drive masih bersih. Malam-malam, ramai nelayan cari ikan dan udang. Kampung-kampung Melayu penuh disekitar Pulau Tikus dan Gurney Drive.

    Lama kelamaan, hotel-hotel dan gedung perniagaan semakin lama semakin banyak dibina di Gurney Drive . Akibatnya, air laut semakin lama semakin kotor dan ikan semakin berkurangan. Pantai yang bersih makin lama makin kotor. Nelayan tak boleh cari makan..dan terpaksa cari kerja kilang kat Bayan Lepas.

    Gurney Drive dengan Bayan Lepas bukan dekat. Duit gaji habih kat pengangkutan dan makan. Lama-lama, orang Melayu Gurney Drive terpaksa pindah cari tempat yang lebih murah.

    Ini bukan saja berlaku di Gurney Drive..malah berlaku di Tanjong Tokong dan Teluk Bahang. Akhirnya orang Melayu Pulau Pinang di sepanjang Padang Kota Lama hingga Teluk Bahang terpaksa pindah cari tempat yang lebih murah…manakala tempat depa di ambil oleh oleh orang asing dari Singapura, Jepun dan Taiwan.

    Masa tu, umno tak bising…sebab depa dapat komisyen. Poket semua penuh. tapi sekarang bila Umno dah terpinggir di Pulau Pinang, baru cakap pasai Melayu.

    Pulau Pangkor akan jadi Pulau Pinang tak lama lagi selagi Pangkor di bawah Umno. Perangai Zambry sama macam perangai Hussain Mydin. Sementara ada kuasa, pulun cukup-cukup. Ada tanah diPangkor..jual kat orang luar negara. Memang la orang Pangkor masih ramai yang diam sebab depa tak rasa susah. Tapi tunggu 10 tahun lagi, jumlah Melayu akan turun secara drastik. Masa tu, bila DAP menang kat Pangkor, geng-geng Zambry jugak la yang akan jerit…”orang Melayu dipinggirkan”.

    Maklumat tentang Pangkor dan Manjung masih dalam perjalanan. Jadi aku belum boleh siarkan, tapi hasil dari gerakan member-member di Manjung sudah cukup untuk menelanjangkan Zambry. Aku akan tunjukkan macam mana beribu hektar hutan simpan sudah terlepas ketangan orang asing. Kawasan yang dulunya bebas dijelajah oleh orang kampung sekarang sudah tidak boleh diakses.

    Kawasan pantai yang dulunya bebas digunakan oleh nelayan, tidak lama lagi akan menjadi kawasan larangan buat nelayan.

    Bukan itu saja, semakin lama, semakin banyak kawasan di Pangkor yang sudah tidak boleh diakses oleh penduduk tempatan. Kawasan-kawasan tersebut sudah jadi milik swasta.

    Zambry dan penyokong Umno riuh rendah bila Nizar umumkan pemberian tanah kepada penghuni PPRT dan Kampong Baru, tapi diam bila tanah-tanah rizab Melayu tergadai ketangan orang asing.

    Bukan setakat tanah-tanah yang tergadai, malah Pengkalan Tentera Laut di Lumut juga kini sudah terdedah kepada ancaman asing. Pengkalan Tentera Laut kini cukup mudah diceroboh apabila lebih 1000 hektar yang dahulunya hutan simpan di Teluk Rubiah, kini sudah dijual kepada syarikat dari Brazil. Berapa keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri? Apa nikmat yang akan diperolehi oleh rakyat tempatan?

    Teluk Rubiah terletak bersebelahan dengan Teluk Batik. Tak lama lagi, Teluk Batik pun tak boleh masuk. Sapa yang nak mandi kat Teluk Batik, lebih baik pi mandi kat Padang Kota Lama di Pulau Pinang. Macam mana rupa pantai Padang Kota Lama, Penang…macam tu la keadaan yang akan berlaku di Teluk Batik bila jeti syarikat kilang bijih besi mula beroperasi.

    Pengkalan TLDM juga terletak berdekatan dengan Teluk Rubiah dan Teluk Batik. Bila siap jeti yang berharga RM700 juta untuk mengangkut bijih besi nanti, kapal-kapal TLDM akan jadi macam bot nelayan. Apabila beroperasi nanti, kapal-kapal pengangkut bijih besi yang akan memasuki jeti di Teluk Rubiah akan memenuhi pantai. Kapal pengangkut bijih besi yang akan masuk ke Teluk Rubiah merupakan kapal yang terbesar didunia. Setiap kapal sebesar tiga padang bola. Masa tu, kapal TLDM jadi macam bot nelayan.

    Kawasan seluas lebih 1000 hektar dimana pusat pengumpulan bijih besi ini pula merupakan kawasan persendirian. Kawasan tersebut sudah dijual kepada syarikat Vale dari Brazil. Kerajaan negeri sudah tak ada hak bagi kawasan tersebut. Ia sudah jadi macam kawasan autonomi Brazil sebab ia adalah milik sepenuh Vale Brazil. Macam mana kawasan strategik yang bersebelahan dengan Telok Batik dan pengkalan TLDM boleh dijual bulat-bulat kepada syarikat asing?

    Pantai Teluk Rubiah adalah diantara pantai yang cukup cantik di Lumut. Pantainya landai dan airnya bersih tapi sekarang sudah tidak boleh diakses. Bukit-bukit ditarah…bukan saja dengan jentolak malah menggunakan dinamite. Macam mana dinamite boleh digunakan dikawasan yang berhampiran dengan pengkalan TLDM?

    Dalam dua tiga hari lepas, seorang pegawai tinggi TLDM meletak jawatan. Mengapa seorang yang berpangkat Timbalan Panglima Tentera Laut boleh meletak jawatan? Timbalan Panglima bukan ahli politik yang naik secara membodek. Pegawai tentera bukan naik kerana bermain politk tapi bila ada orang politik yang mempermainkan Tentera Laut, dia tak boleh tahan.

    Dah berapa biji kapal tentera laut yang terbakar? Berapa biji kapal tentera laut yang kondem?

    Orang politik menggunakan Tentera Laut sebagai alat untuk mengumpul duit.Orang politik memperjudikan keselamatan tentera laut untuk kepentingan politik.Tentera laut yang tak ada kena mengena dengan kapal selam pun tak boleh nak masuk kapal selam, tapi blogger Umno boleh masuk..siap dengan ambik video lagi!! Dimana keselamatan negara?

    Sekarang..tanah berdekatan pengkalan TLDM sudah diambil alih oleh syarikat dari luar negara…apakah keselamatan yang boleh dijamin terhadap pengkalan TLDM?

    Kalau sebelum ini, Laksamana Pertama Imran Abdul Hamid menyertai Pas kerana tidak puashati dengan apa yang dilakukan oleh Umno/BN terhadap Tentera Laut, kini Laksamana Madya Dato Wira Jamil Haji Osman pula meletak jawatan.

    Zambry dalam bahaya. Mengapa?

    Kalau ada orang Pakatan yang nak berpeluk dengan Zambry..nanti dulu.

  • Terima kasih Taiping Mali

    Terima kasih Taiping Mali

    November 13, 2011


    Nak pecah perut aku gelak bila Taiping Mali menulis posting merapunya hari ini. Tak apa la…hang tolong promote blog aku…aku pun tolong promote blog hang. Aku tak mau respons apa-apa…sebab dulu bila hang kutuk Manjongmari bila dia accident, tak lama lepas tu..hang pulak accident. 

    Ini posting Taiping Mali hari ini.

    Tempat terbaik utk surat khabar ni.

    Selangor Kini adalah propaganda DAP untuk menipu orang Melayu patut ditolak oleh rakyat Selangor.

    Untuk mengekalkan pemerintahan kuku besi, Dap sanggup menawarkan free web hosting kepada sesiapa yang yang sanggup menjadi admin blog.

    Di Perak blog yang di tulis oleh Mat Saman Kati merupakan blog yang dibangunkan oleh DAP dan dijaga oleh MSK. Beliau dahulu terkenal dalam greenbox kini sudah mendaftar sebagai ahli DAP Perak.

    Silap hari bulan MSK akan mengikut jejak Jeff Ooi dan menjadi calon Adun .

    Bagus la kalau aku jadi calon DAP…minta-minta jadi calon kat Taiping ambik tempat Nga Kor Ming. Amacam? BN berani letak Cikgu Najimy jadi Calon Taiping ka?…Ataupun hangpa bagi kat Gerakan?

    Tak payah cakap pasai DAP la. 2004, Parlimen Bukit Gantang pun hangpa bagi kat Gerakan. 2008, hangpa bagi Parlimen Grik kat Gerakan. Sapa yang tipu Melayu?

     Tapi aku bersyukur la sebab cikgu macam hang tak mengajar kat sekolah anak aku…walau apa pun, bagi chance la aku bagi kuliah sikit.

    Kalau nak buat promo blog aku..bagi la klu sikit supaya orang boleh percaya.

    Dibawah ini adalah maklumat tentang siapa dibelakang Selangorkini. Budak bodoh pun boleh search.

     Dan ini pula siapa dibelakang Malaysiatimes.

     See..sekurang-kurangnya, Selangorkini dihostkan oleh Mesra.net, sebuah syarikat Melayu yang berpejabat di Kuala Kangsar. Dan Malaysiatimes pulak di hostkan di Exabytes, yang berpejabat di Pulau Pinang. Tapi Peraktoday.com dibiayai oleh siapa dan dihostkan dimana?

    Awat…takut kena hack ka? ataupun..Peraktoday dibiayai oleh APCO? Sekurang-kurangnya, Selangorkini bagi bisnis kat syarikat Melayu…tapi Peraktoday.com dibiayai oleh syarikat Yahudi APCO dan didaftarkan di Canada.

    Sapa yang tipu Melayu?