January 31, 2012
Oleh: MSK
Susah nak jawab soalan diatas sebab masing-masing boleh memberikan definisi yang pelbagai…mengikut tajuk apa yang dibincangkan. Kalau google Third Force..kebanyakan yang keluar ialah Third Force mengikut falsafah saikologi. Third Force diilhamkan oleh Abraham Maslow dan dipopularkan oleh beberapa pakar saikologi yang seangkatan dengan nya.
Dalam politik juga macam-macam definisi tentang Third Force. Jadi, apa yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah Third Force/Kuasa Ketiga mengikut definisi aku. Sama ada nak bersetuju atau tidak..itu boleh diperbincangkang kemudian.
Aku nak tulis pasai Kuasa Ketiga ini bila ada sorang blogger Pakatan yang tulis tentang “Kuasa Ketiga suka buat taik”. Senang-senang saja hangpa bagi label kat orang. Kalau nak marah kat Hasan Ali pun..marah la. Tapi yang pi sapu semua orang pasai apa?
Bagi aku, Kuasa Ketiga bukan perkara baru. Dah ada sejak zaman Tok Adam lagi…tapi aku tak mau la menoleh jauh sangat. Aku gunakan PRU 2004 sebagai timeline.
Pada 23 April 2004, semua mereka yang berminat dengan politik membuat keputusan Sama ada menyokong BN atau pun Pas, PKR, DAP. Pada hari tersebut, tak ada orang atas pagar lagi dah sebab semua dah buat keputusan. Mereka yang tak mengundi sama ada dah mati tapi nama ada dalam Daftar Pemilih…pengundi yang tak balik mengundi sebab tak ada duit…atau dah memang tak minat nak mengundi.
Dalam PRU tersebut, BN mendapat 80% undi popular dan menguasai 90% kerusi Parlimen. Siapa yang memenangkan BN? Kalau masa tu ada 10 juta pengundi, ahli-ahli BN hanya setakat 3-4 juta…manakala 3-4 juta lagi adalah orang atas pagar yang membuat keputusan mengundi BN.
Pasai apa depa undi BN? Pertama pasai tergoda dengan imej Pak Lah dan dalam masa yang sama..Barisan Alternatif asyik berperang sesama sendiri. Aku pun tak harap kat BA masa tu. Macam mana nak memerintah kalau sesama sendiri pun tak boleh nak urus? Dan aku memilih untuk tidak mengundi sebagai protes. Aku suruh orang mengundi…tapi aku sendiri tak mengundi. Aku tak suka BN tapi dalam masa yang sama aku tak harap kat BA.
Bila selesai PRU 11, baru nampak tembelang Pak Lah. Pak Lah yang disangkakan bersih..tak jugak bersih. Kerajaan BN dibuat macam milik anak menantu. Menantu merompak duit negara, Pak Lah tidoq saja.
Pada tahun yang sama, Anwar juga dibebaskan. Penyokong BA mula menaruh harapan dengan pembebasan Anwar. Menjelang 2006, jumlah yang menyokong BN dan BA mula berubah.
Masa tu sokongan terhadap BN merosot dan ramai daripada yang menyokong BN pada tahun 2004 dah mula fed-up. Depa tak mau sokong BN..tapi dalam masa yang sama masih belum yakin dengan BA sebab BA masih bercelaru. Depa duduk tengah-tengah. Orang politik kata Pengundi Atas Pagar (PAP), tapi aku lebih suka memanggil kumpulan ini “Kuasa Ketiga”. Satu kumpulan yang mampu menentukan siapa yang menang dan kalah.
Aku tak suka menggunakan perkataan PAP sebab PAP mempunyai imej negative. PAP selalu dianggap orang yang tak ada pendirian, tak ada prinsip, tak ada perjuangan….lalang.
Aku tak setuju..sebab kumpulan ini juga mempunyai prinsip dan pegangan…cuma berbeza dari penyokong totok BN atau BA. (lepas ni kita boleh cakap pasai “prinsip”)
Kalau hangpa masih ingat, tempoh diantara 2005 dan 2006..kerja aku tukang hentam Pas. Sebab masa tu..Pas, PKR dan DAP tak boleh bertemu muka. Tapi dua minggu sebelum PRK Pengkalan Pasir…Pas dan PKR mengadakan pertemuan buat kali pertama di Port Dickson. Bila dah boleh berjumpa dan berunding..aku pun tak ada alasan pasai apa nak hentam Pas lagi dah.
Dalam PRK Pengkalan Pasir, Pas kalah dan ini menjadi turning point kepada persepakatan BA. Lepas PRK Pengkalan Pasir, Pas dan PKR dah mula kamcing..tapi diantara Pas dan DAP masih lagi macam anjing dengan kucing.
Tapi oleh kerana Pas dan DAP tidak perlu berebut kerusi untuk bertanding sebab masing-masing mempunyai kawasan tumpuan berbeza…tak dak la menjadi masalah sangat.
So..aku pun tukar target kepada Umno. Mahathir pun sama bantu untuk menumbangkan Pak Lah. Menjelang 2007, sokongan kepada Umno/BN semakin merosot tapi tidak juga menunjukkan peningkatan yang bagus untuk BA.
Sehinggalah masuk 2008, BA+DAP masih belum yakin untuk menang. Masa tu toksah cakap nak bincang sapa nak jadi MB…nak jadi calon pun orang tak mau…takut kalah.
Bila diumumkan saja PRU 12, semua orang bangkit. “Undi sapa saja..asalkan bukan Umno.”
Masa tu kita tengok orang Cina bawa bendera Pas. Orang Pas bawa bendera DAP. Orang India bawa bendera PKR. Tak kisah semua itu…asalkan bukan Umno.
Dan bila tiba hari mengundi…masing-masing terkejut. BA+DAP menang di lima buah negeri. Usaha untuk menyatukan Pas-PKR-DAP bertahun-tahun tak berhasil…tapi bila dah menang..dalam beberapa hari saja, tertubuhlah Pakatan Rakyat.
Apakah penubuhan PR berdasarkan persamaan ideology, persamaan falsafah politik? Tidak. PR berjaya ditubuhkan berasaskan kuasa. Kalau tak bersatu..Pas-PKR-DAP tak boleh memerintah. Jadi depa kena bersatu kalau nak memerintah. Kuasa menyatukan ketiga-tiga parti.
Apakah kemenangan PRU 2008 kerana rakyat suka kat PR? Tidak. PR menang sebab rakyat benci kat Umno/BN. Nizar menganggap kemenangan di Perak adalah satu mukjizat Tuhan. Bukan kerana kerja kuat orang parti. Kuasa Ketiga menaruh harapan dengan janji-janji BA+DAP…bukan kerana mereka sudah menerima perjuangan Pas-PKR-DAP. Oranag Cina yang mengundi Pas tak peduli pun apa perjuangan PAS. Orang India yang menyokong PKR pun tak pernah tau apa itu Deklarasi Permatang Pauh.
BA+DAP menang dilima buah negeri bukan kerana kekuatan penyokong parti tetapi kerana peralihan Kuasa Ketiga. Kalau tahun 2004, mereka menyokong BN..tahun 2008 mereka menyokong BA+DAP.
PRU kali ini macam mana?
Kajian terbaru UMCEDEL menunjukkan 42% daripada pengundi akan mengundi berdasarkan calon. Hei…bukan berdasarkan parti! Kalau dalam PRU 12 dulu, perbezaan diantara BN dan PR tidak sampai 10%..kali ini macam mana?
Apakah PR sudah menyelesaikan masalah calon? Aku tak harap. Dan kalau masalah calon pun tak selesai..macam mana nak yakinkan pengundi?
Apakah kalau 42% pengundi ini beralih kepada calon Umno…apakah kita nak kata depa ni tak berprinsip..tak ada pegangan..lalang?
Kuasa Ketiga tak semestinya sokong BN atau PR. Kalau depa sokong BN..tentu ada perkara yang depa tak suka kat PR. Kalau depa sokong PR..tentu ada perkara yang depa tak suka kat BN.
Dan apakah kalau mereka menyokong BN..maka depa akan dianggap tidak berprinsip.. tiada pegangan..lari dari perjuangan? Tapi kalau depa sokong PR..makan depa akan dianggap berprinsip dan ada pegangan?
Prinsip apa? Pegangan apa? Perjuangan apa? Yang ni kita sembang esok.
Sepatutnya sekarang ini..Pakatan dah selesai tentang kerusi dan calon..tapi masih lagi berserabut dengan Anwar, Hasan Ali..Azizan Razak. Sepatutnya kita semua dah halakan sasaran kepada Umno..tapi pemimpin Pakatan pulak buat hal.
Pemimpin Pakatan yang buat pasal…Kuasa Ketiga pulak yang dikatakan suka buat taik. Sepatutnya sekarang adalah masa untuk menarik Kuasa Ketiga untuk menyokong Pakatan, tapi terbalik pulak…Kuasa Ketiga dianggap musuh pulak!! Apa nak jadi?
nanti sambung lagi.. Panjang sangat pun hangpa fed-up.