Siapa Zambry Kadir? (2)

January 18, 2012


Zambry Kadir tau bahawa dia tak akan bertahan lama sebagai Menteri besar Perak. Oleh itu, sementara ada kuasa, dia akan pulun sebanyak mungkin. Projek Vale Teluk Rubiah hanyalah salah satu diantara kerakusan Zambry. Ada banyak lagi.

Dalam laman web Visit Perak, Royal Teluk Rubiah Country Club dikatakan salah satu tempat yang terbaik di Malaysia. Pasai apa maklumat tentang Royal Teluk Rubiah Country Club ini masih didalam laman web Perak Tourism, menunjukkan “kecekapan” pentadbiran Zambry, sedangkan Teluh Rubiah sudah hampir hancur. (Boleh baca disini)

Untuk memudahkan pembaca mendapat gambaran tentang kemusnahan Teluk Rubiah, cuba tengok gambaran dibawah.

projek boundary 3 - Siapa Zambry Kadir? (2)

Seluas 1025 ekar tanah yang pada asalnya hutan simpan terjual ke syarikat asing dengan harga 196 juta ringgit. Berapa kerajaan negeri dapat? Satu sen pun tak dapat. Apa yang rakyat Manjung dapat? Cuma janji yang belum tertunai. Apa yang kita dapat? apa pun tak dapat..malah kita akan kehilangan satu kawasan pantai yang cukup cantik di Malaysia. Bukan setakat Teluk Rubiah, malah Teluk Batik juga akan menjadi kotor dan tidak dapat digunakan. Sama macam Pantai Bersih di Butterworth ataupun Pantai Gurney Drive di Penang.

Perhatikan bagaimana dekatnya kawasan industri Vale dengan Teluk Batik.

projek boundary 2 - Siapa Zambry Kadir? (2)

Kawasan yang bertanda merah adalah  kawasan kilang dan penyimpanan manakala kawasan yang bertanda kuning sudah dipagar. Hutan-hutan yang terdapat dikawasan tersebut mempunyai pelbagai jenis kayu yang bernilai tinggi, pelbagai flora dan fauna yang menarik pelawat kesitu. Itu sebabnya mengapa Teluk Rubiah menjadi diantara tempat yang tercantik di Malaysia.

Mengapa kawasan yang cantik dan menjadi daya tarikan pelawat ke Manjung ini di gadaikan? Tak mengapa kalau kerajaan negeri mendapat habuan, tapi kerajaan negeri juga tidak mendapat walau satu sen pun.

Apabila Vale memulakan projek ini, adakah syarikat tempatan mendapat projek? Tidak. Kontrak rekacipta jeti berjumlah RM675.8 juta telah diberikan kepada Netherlands’ Royal BAM Group.

Sebuah jeti sepanjang 2 kilometer sedang dibina dan dermaga sepanjang 1.2 km dibina dipenghujung jeti. Kalau tengok pada gambar pertama diatas, jeti tersebut akan menghalang pantai Teluk Batik. Tak ada lagi ombak di Teluk Batik..dan Teluk Batik akan mati dengan sendiri. Dua kilometer jeti dan 1.2 km dermaga yang terentang dihadapan Teluk Batik akan menghancurkan apa saja aktiviti pesisir pantai. Bukan saja Teluk Rubiah sudah tergadai, Teluk Batik juga akan hancur.

Dan bagaimana dengan dasar Majlis Perbandaran Manjung?

Manjung adalah bandar pelancungan dan ecotourism. Apabila Teluk Batik hancur, siapa lagi nak datang ke Teluk Batik? Peniaga akan terjejas, nelayan akan terjejas..malah penduduk tempatan yang mengharapkan sumber ekonomi dari pelancungan juga kan terjejas.

Kawasan Teluk Rubiah diwartakan sebagai kawasan pelancungan tetapi pewartaan itu telah di tarik balik dan ditukar menjadi kawasan industri HANYA untuk projek Vale ini. Something must be wrong!!

Bagaimana kalau siap nanti?

Setiap hari, sebanyak 20 kapal pengangkut bijih besi akan masuk dan dua puluh akan keluar. Itu unjuran yang diberikan oleh Vale international. Besar mana kapal tersebut?

everest 2103300b - Siapa Zambry Kadir? (2)

Setiap kapal pengangkut bijih besi Vale berukuran 105 meter panjang dan 70 meter lebar. Lebih panjang dari Eiffel Tower dan lebih lebar dari padang Wembley. Bijih besi yang diangkut dengan setiap kapal ini cukup untuk membuat 4 jambatan Pulau Pinang. Dan oleh kerana kapal tersebut terlalu besar, ia tidak boleh melepasi Terusan Suez ataupun Terusan Panama. Dapat bayangkan?

Dan untuk memastikan kapal-kapal ini dapat berlabuh di dermaga Teluk Rubiah, kawasan dermaga perlu dikorek. Berapa dalam aku tak pasti tapi apabila kawasan dermaga Teluk Rubiah dikorek, sudah pasti berlaku hakisan pantai di Teluk Batik. Tak sampai setahun, Teluk Batik akan hancur.

Bukan setakat Teluk Batik, Lumut Outward Bound School (OBS) juga sudah mula menerima kesan. Kawasan hutan yang dulunya digunakan oleh OBS untuk latihan, sekarang sudah menjadi kawasan larangan. OBS hendak berlatih dimana? Tanya kat Zambry…tapi Zambry tidak pernah memperdulikannya.

Bagaimana dengan penduduk kampung yang dulunya menetap di Teluk Rubiah? Mereka terpaksa berpindah ketempat lain, dengan dijanjikan pelbagai pampasan. Sehingga kini, masih belum dapat walaupun ada yang mengatakan wang pampasan sudah diberikan. Tapi biasa la dengan Umno/BN, duit hilang dalam perjalanan.

Kawasan Teluk Rubiah bukan saja merupakan kawasan kediaman beberapa keluarga sebelum ini, malah ia juga merupakan kawasan tanah perkuburan orang Islam. Apakah sudah dipindahkan….atau hanya ditolak dengan jentolak? Kita tidak tau sebab kawasan tersebut sudah menjadi kawasan larangan. Zambry bukan saja menjual Teluk Rubiah kepada Vale International, malah menjual tulang rangka nenek moyang penduduk yang terdapat ditanah perkuburan tersebut.

teluk rubiah 16 - Siapa Zambry Kadir? (2)

Sekarang rakyat Perak tak boleh buat apa-apa..hanya menjadi penonton. Teluk Rubiah sudah jadi milik syarikat Brazil. Yang seronok ialah Zambry.

zambry teluk rubiah - Siapa Zambry Kadir? (2)

Gambar diatas menunjukan Zambry sedang merasmikan ibupejabat Vale International. Tapi pasai apa anak-anak Sultan Azlan Shah pun turut sama? Apa hubungan mereka dengan Vale dan Zambry? Apakah Vale International juga menjadi salah satu sebab mengapa runtuhnya Pakatan Rakyat Perak?

Aku sambung lepas makan.