Terima kasih Taiping Mali
November 13, 2011
Nak pecah perut aku gelak bila Taiping Mali menulis posting merapunya hari ini. Tak apa la…hang tolong promote blog aku…aku pun tolong promote blog hang. Aku tak mau respons apa-apa…sebab dulu bila hang kutuk Manjongmari bila dia accident, tak lama lepas tu..hang pulak accident.
Ini posting Taiping Mali hari ini.
Tempat terbaik utk surat khabar ni.
Selangor Kini adalah propaganda DAP untuk menipu orang Melayu patut ditolak oleh rakyat Selangor.
Untuk mengekalkan pemerintahan kuku besi, Dap sanggup menawarkan free web hosting kepada sesiapa yang yang sanggup menjadi admin blog.
Di Perak blog yang di tulis oleh Mat Saman Kati merupakan blog yang dibangunkan oleh DAP dan dijaga oleh MSK. Beliau dahulu terkenal dalam greenbox kini sudah mendaftar sebagai ahli DAP Perak.
Silap hari bulan MSK akan mengikut jejak Jeff Ooi dan menjadi calon Adun .
Bagus la kalau aku jadi calon DAP…minta-minta jadi calon kat Taiping ambik tempat Nga Kor Ming. Amacam? BN berani letak Cikgu Najimy jadi Calon Taiping ka?…Ataupun hangpa bagi kat Gerakan?
Tak payah cakap pasai DAP la. 2004, Parlimen Bukit Gantang pun hangpa bagi kat Gerakan. 2008, hangpa bagi Parlimen Grik kat Gerakan. Sapa yang tipu Melayu?
Tapi aku bersyukur la sebab cikgu macam hang tak mengajar kat sekolah anak aku…walau apa pun, bagi chance la aku bagi kuliah sikit.
Kalau nak buat promo blog aku..bagi la klu sikit supaya orang boleh percaya.
Dibawah ini adalah maklumat tentang siapa dibelakang Selangorkini. Budak bodoh pun boleh search.
Dan ini pula siapa dibelakang Malaysiatimes.
See..sekurang-kurangnya, Selangorkini dihostkan oleh Mesra.net, sebuah syarikat Melayu yang berpejabat di Kuala Kangsar. Dan Malaysiatimes pulak di hostkan di Exabytes, yang berpejabat di Pulau Pinang. Tapi Peraktoday.com dibiayai oleh siapa dan dihostkan dimana?
Awat…takut kena hack ka? ataupun..Peraktoday dibiayai oleh APCO? Sekurang-kurangnya, Selangorkini bagi bisnis kat syarikat Melayu…tapi Peraktoday.com dibiayai oleh syarikat Yahudi APCO dan didaftarkan di Canada.
Sapa yang tipu Melayu?